NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pilihan raya 2022: Ambil tindakan tegas bagi menghalang samseng politik


Aliran mengecam tingkah laku samseng yang bertujuan mencetuskan kekacauan di sebuah perhimpunan politik aman baru-baru ini.

Pada malam 22 Oktober, kira-kira 30 orang individu yang memakai topeng muka mula menjerit serta membaling botol dan mercun bagi mengganggu majlis politik anjuran parti Muda di Muar.

Ini merupakan provokasi kedua sejak kebelakangan ini berikutan kejadian serupa minggu lalu.

Hooliganisme bukanlah tergolong dalam proses demokrasi. Perselisihan faham dalam politik tidak boleh dibiarkan bertukar menjadi ganas. Tiada sesiapa pun harus dibenarkan membuat kekacauan dalam sebuah acara aman; kalau tidak, orang yang tidak bersalah mungkin mengalami kecederaan.  

Kami menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas bagi mencegah ugutan dan memastikan keselamatan mereka yang menghadiri acara politik yang aman. Peserta tidak perlu bimbang atau gentar akan keselamatan mereka dalam acara seperti ini.

Sekarang ini, negara sudah dibelenggu dengan masalah seperti rasuah, ekonomi yang lembap dan hutang negara. Kita tidak memerlukan hooliganisme dan gerombolan samseng untuk ditambahkan pada senarai masalah yang ada.

Pihak berkuasa mesti membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan tanpa berlengah lagi. Tindakan pantas dan berkesan diperlukan bagi menghalang sesiapa sahaja yang mungkin terpengaruh untuk menggunakan tingkah laku samseng

Jawatankuasa eksekutif Aliran
23 Oktober 2022



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo