NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perpaduan Ummah : PAS berpegang kepada konsep wasatiyyah

Minda Presiden PAS [Siri: 56/2022)
 
Firman Allah SWT:
 
﴿ŁˆَŁƒَŲ°َٰŁ„ِŁƒَ Ų¬َŲ¹َŁ„ۡŁ†َٰŁƒُŁ…ۡ Ų£ُŁ…َّŲ©ٗ ŁˆَŲ³َŲ·ٗŲ§ Ł„ِّŲŖَŁƒُŁˆŁ†ُŁˆŲ§ْ Ų“ُŁ‡َŲÆَŲ§ٓŲ”َ Ų¹َŁ„َŁ‰ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ ŁˆَŁŠَŁƒُŁˆŁ†َ Ł±Ł„Ų±َّŲ³ُŁˆŁ„ُ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ۡ Ų“َŁ‡ِŁŠŲÆٗŲ§ۗ...Ł”Ł¤Ł£﴾
 
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), satu umat yang wasatiyyah (adil, sederhana, dan pilihan) agar kamu menjadi saksi dan contoh atas (segala perbuatan) manusia; dan agar Rasul (Muhammad SAW) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...” (Surah al-Baqarah: 143)
 
Wasatiyyah (ŁˆŲ³Ų·ŁŠŲ©) merupakan perkataan daripada bahasa Arab dengan makna pertengahan, seimbang dan sederhana. Dalam konteks Islam pula merujuk kepada ‘jalan tengah’, cara yang adil dan tepat mengikut fitrah (naluri) manusia.
 
Dengan maksud lain, wasatiyyah itu tidak bersikap liberal atau bebas sehingga sanggup menghalalkan perkara yang haram, dan tidak terbabas sehingga sanggup mengharamkan perkara yang halal. Pada masa yang sama, tidak bersikap ekstrem (melampau) dalam pilihan cara hidup sehingga mahu jadi seperti para malaikat yang tidak makan, minum mahupun berkahwin, bahkan mengelakkan daripada keterlaluan seperti binatang dan menangani perkara secara sederhana.
 
Berlaku penyelewengan oleh Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) dan juga dalam kalangan Musyrikin yang sesat menyembah tuhan-tuhan yang direka oleh mereka sendiri. Sehinggakan, mereka meninggalkan kepercayaan kepada Allah SWT, Tuhan yang Maha Esa yang sebenar.
 
Allah SWT berfirman:
 
﴿Ł‚ُŁ„ۡ Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų£َŲ­َŲÆٌŁ” Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł±Ł„ŲµَّŁ…َŲÆُŁ¢ Ł„َŁ…ۡ ŁŠَŁ„ِŲÆۡ ŁˆَŁ„َŁ…ۡ ŁŠُŁˆŁ„َŲÆۡŁ£ ŁˆَŁ„َŁ…ۡ ŁŠَŁƒُŁ† Ł„َّŁ‡ُŪ„ ŁƒُŁُŁˆًŲ§ Ų£َŲ­َŲÆُۢŁ¤﴾
 
“Katakanlah, ‘Dialah Allah, Tuhan yang Maha Esa. (1); Allah ialah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2); Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan. (3); Dan tiada seorang atau sesuatu pun yang setara dengan-Nya.’ (4)” (Surah al-Ikhlas: 1-4)
 
Allah sebagai Pencipta alam telah menetapkan setiap makhluk itu mempunyai fitrah (naluri) masing-masing, serta menetapkan kepada setiap makhluk-Nya suatu peraturan yang berbeza mengikut fitrah masing-masing.
 
Contohnya, kejadian malaikat itu sebagai makhluk ghaib yang tidak berjasad dan tiada nafsu. Manakala kejadian binatang pula berjasad, namun tiada akal dan bernafsu melampau. Sementara kejadian batu, kayu dan perkara lain seumpamanya adalah makhluk yang tidak boleh bergerak.
 
Adapun kejadian manusia pula, mempunyai jasad dan roh yang berbeza daripada malaikat, seterusnya mempunyai akal dan nafsu berbeza daripada binatang dan berjasad boleh bergerak berbeza daripada jamadat (batu, kayu dan sebagainya).

Maka, Allah SWT menetapkan peraturan berasaskan fitrah kepada semua makhluk, termasuk kepada manusia dengan diberikan peranan berada di atas muka bumi di alam dunia bagi beribadat kepada-Nya dan mentadbir makhluk yang lain. Selain itu, manusia juga diberikan kekuatan akal, bersama jasad serta keperluannya dan hidup bermasyarakat tanpa bersendirian.
 
Semua makhluk itu menerima ketetapan Allah SWT dengan menyerah diri kepada-Nya atas nama Islam mengikut fitrah masing-masing. Firman Allah SWT:
 
﴿Ų£َŁَŲŗَŁŠۡŲ±َ ŲÆِŁŠŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁŠَŲØۡŲŗُŁˆŁ†َ ŁˆَŁ„َŁ‡ُŪ„ٓ Ų£َŲ³ۡŁ„َŁ…َ Ł…َŁ† ŁِŁŠ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َٰŁˆَٰŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų·َŁˆۡŲ¹ٗŲ§ ŁˆَŁƒَŲ±ۡŁ‡ٗŲ§ ŁˆَŲ„ِŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŁŠُŲ±ۡŲ¬َŲ¹ُŁˆŁ†َŁØŁ£﴾
 
“Maka, apakah mereka mencari agama lain selain daripada agama Allah (Islam), padahal kepada-Nya jua segala apa yang di langit dan di bumi menyerahkan diri (Islam), baik secara suka mahupun terpaksa (fitrah); dan hanya kepada Allah sahaja mereka dikembalikan.” (Surah Ali ‘Imran: 83)
 
Seterusnya firman Allah SWT:
 
﴿ŁˆَŲ„ِŁ„َٰŁ‡ُŁƒُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َٰŁ‡ٞ ŁˆَٰŲ­ِŲÆٞۖ Ł„َّŲ§ٓ Ų„ِŁ„َٰŁ‡َ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł‡ُŁˆَ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ۡŁ…َٰŁ†ُ Ł±Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ُŁ”Ł¦Ł£ Ų„ِŁ†َّ ŁِŁŠ Ų®َŁ„ۡŁ‚ِ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َٰŁˆَٰŲŖِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ ŁˆَŁ±Ų®ۡŲŖِŁ„َٰŁِ Ł±Ł„َّŁŠۡŁ„ِ ŁˆَŁ±Ł„Ł†َّŁ‡َŲ§Ų±ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁُŁ„ۡŁƒِ Ł±Ł„َّŲŖِŁŠ ŲŖَŲ¬ۡŲ±ِŁŠ ŁِŁŠ Ł±Ł„ۡŲØَŲ­ۡŲ±ِ ŲØِŁ…َŲ§ ŁŠَŁ†ŁَŲ¹ُ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³َ ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£َŁ†Ų²َŁ„َ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ٓŲ”ِ Ł…ِŁ† Ł…َّŲ§ٓŲ”ٖ ŁَŲ£َŲ­ۡŁŠَŲ§ ŲØِŁ‡ِ Ł±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶َ ŲØَŲ¹ۡŲÆَ Ł…َŁˆۡŲŖِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲØَŲ«َّ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ł…ِŁ† ŁƒُŁ„ِّ ŲÆَŲ§ٓŲØَّŲ©ٖ ŁˆَŲŖَŲµۡŲ±ِŁŠŁِ Ł±Ł„Ų±ِّŁŠَٰŲ­ِ ŁˆَŁ±Ł„Ų³َّŲ­َŲ§ŲØِ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ³َŲ®َّŲ±ِ ŲØَŁŠۡŁ†َ Ł±Ł„Ų³َّŁ…َŲ§ٓŲ”ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ł„َŲ£ٓŁŠَٰŲŖٖ Ł„ِّŁ‚َŁˆۡŁ…ٖ ŁŠَŲ¹ۡŁ‚ِŁ„ُŁˆŁ†َŁ”Ł¦Ł¤ ŁˆَŁ…ِŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ł…َŁ† ŁŠَŲŖَّŲ®ِŲ°ُ Ł…ِŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų£َŁ†ŲÆَŲ§ŲÆٗŲ§ ŁŠُŲ­ِŲØُّŁˆŁ†َŁ‡ُŁ…ۡ ŁƒَŲ­ُŲØِّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۖ ŁˆَŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆٓŲ§ْ Ų£َŲ“َŲÆُّ Ų­ُŲØّٗŲ§ Ł„ِّŁ„َّŁ‡ِۗ ŁˆَŁ„َŁˆۡ ŁŠَŲ±َŁ‰ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆٓŲ§ْ Ų„ِŲ°ۡ ŁŠَŲ±َŁˆۡŁ†َ Ł±Ł„ۡŲ¹َŲ°َŲ§ŲØَ Ų£َŁ†َّ Ł±Ł„ۡŁ‚ُŁˆَّŲ©َ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ Ų¬َŁ…ِŁŠŲ¹ٗŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ų“َŲÆِŁŠŲÆُ Ł±Ł„ۡŲ¹َŲ°َŲ§ŲØِŁ”Ł¦Ł„﴾
 
“Dan Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. (163); Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di lautan membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah mati (kering) dan Dia menyebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (164); Dan antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksaan (pada Hari Kiamat), bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya (nescaya mereka menyesal). (165)” (Surah al-Baqarah: 163-165)
 
Penyelewengan aqidah dari sudut kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa yang dilakukan oleh manusia menjadi sebab kepada berlakunya semua bentuk penyelewengan yang lain, sama ada mereka terus hanyut dengan sikap liberal atau melampau dengan bersikap ekstrem.
 
Keadaan ini berlaku apabila manusia mengada-adakan ajaran sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT kerana perkara itu di luar fitrah sehingga melampaui batas atau di luar kemampuan dirinya sehingga merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.
 
Kelemahan agama selain daripada Islam, sama ada dari segi ideologi dan undang-undang ciptaan manusia menjadi sebab utama berlakunya penyelewengan cara hidup manusia dalam aspek ibadat, syariat (undang-undang) dan akhlak. Hal ini sama ada berlaku dari aspek peribadi seperti bersikap bohong, khianat, menipu dan lain-lain atau penyelewengan dalam pengurusan hidup bermasyarakat dari aspek politik dan ekonomi seperti rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk kezaliman.
 
Sebab berlakunya semua penyelewengan tersebut kerana tidak mempunyai aqidah yang mengawal hati dan akal mengikut sempadan agama yang sempurna, terutamanya apabila agama dipisahkan.
 
Apabila manusia mempunyai akal boleh berfikir dengan ilmu dan pengalaman hidup serta menggunakan anggota pancaindera untuk melihat, mendengar dan berfikir, maka Islam menetapkan konsep wasatiyyah. Suatu konsep yang tiada paksaan dalam beragama dan memilih ideologi masing-masing, selagi tidak melampaui batas terhadap dirinya dan pihak yang lain dalam kehidupan bermasyarakat.
 
Justeru, Islam membawa suatu konsep tiada paksaan dalam berdakwah kepada agama Islam, sebagaimana firman Allah SWT:
 
﴿Ł„َŲ§ٓ Ų„ِŁƒۡŲ±َŲ§Ł‡َ ŁِŁŠ Ł±Ł„ŲÆِّŁŠŁ†ِۖ Ł‚َŲÆ ŲŖَّŲØَŁŠَّŁ†َ Ł±Ł„Ų±ُّŲ“ۡŲÆُ Ł…ِŁ†َ Ł±Ł„ۡŲŗَŁŠِّۚ ŁَŁ…َŁ† ŁŠَŁƒۡŁُŲ±ۡ ŲØِŁ±Ł„Ų·َّٰŲŗُŁˆŲŖِ ŁˆَŁŠُŲ¤ۡŁ…ِŁ†ۢ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁَŁ‚َŲÆِ Ł±Ų³ۡŲŖَŁ…ۡŲ³َŁƒَ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ¹ُŲ±ۡŁˆَŲ©ِ Ł±Ł„ۡŁˆُŲ«ۡŁ‚َŁ‰ٰ Ł„َŲ§ Ł±Ł†ŁِŲµَŲ§Ł…َ Ł„َŁ‡َŲ§ۗ ŁˆَŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų³َŁ…ِŁŠŲ¹ٌ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌŁ¢Ł„Ł¦﴾
 
“Tiada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada golongan taghut (pelampau) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat suatu simpulan yang tidak akan terurai atau terputus. Dan Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 256)
 
Lagi firman Allah SWT:
 
﴿ŁˆَŁ‚ُŁ„ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŁ‚ُّ Ł…ِŁ† Ų±َّŲØِّŁƒُŁ…ۡۖ ŁَŁ…َŁ† Ų“َŲ§ٓŲ”َ ŁَŁ„ۡŁŠُŲ¤ۡŁ…ِŁ† ŁˆَŁ…َŁ† Ų“َŲ§ٓŲ”َ ŁَŁ„ۡŁŠَŁƒۡŁُŲ±ۡۚ...Ł¢Ł©﴾
 
“Dan katakanlah, ‘Kebenaran itu datangnya daripada Tuhanmu; maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman, dan sesiapa yang ingin kufur (tidak beriman) biarlah dia dalam keadaan kafir...’” (Surah al-Kahf: 29)
 
Setelah diberikan amaran oleh Allah SWT dan kita melihat sendiri pengalaman dunia bahawa semua perkara yang haram pasti akan membawa kemudaratan penyakit kepada jasad, keluarga, masyarakat dan alam sekitar, Namun, terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan sendiri, di samping Allah mengampunkan golongan yang lemah seperti tidak berakal dan tidak sampai dakwah Islam kepadanya, serta membuka pintu taubat kepada golongan yang beriman kepada-Nya sekiranya berdosa.
 
Sehinggakan, Islam yang sangat tegas dalam aspek makanan halal dan haram, diizinkan mengambil yang haram dalam keadaan darurat. Firman Allah SWT:
 
﴿Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ų­َŲ±َّŁ…َ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„ۡŁ…َŁŠۡŲŖَŲ©َ ŁˆَŁ±Ł„ŲÆَّŁ…َ ŁˆَŁ„َŲ­ۡŁ…َ Ł±Ł„ۡŲ®ِŁ†Ų²ِŁŠŲ±ِ ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁ‡ِŁ„َّ ŲØِŁ‡ِŪ¦ Ł„ِŲŗَŁŠۡŲ±ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِۖ ŁَŁ…َŁ†ِ Ł±Ų¶ۡŲ·ُŲ±َّ ŲŗَŁŠۡŲ±َ ŲØَŲ§Ųŗٖ ŁˆَŁ„َŲ§ Ų¹َŲ§ŲÆٖ ŁَŁ„َŲ§ٓ Ų„ِŲ«ۡŁ…َ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŲŗَŁُŁˆŲ±ٞ Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ٌŁ”Ł§Ł£﴾
 
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebutkan (nama) selain Allah. Akan tetapi, sesiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tiada dosa baginya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Baqarah: 173)
 
Oleh itu, PAS bersama menerima konsep wasatiyyah tiada paksaan dalam menganut agama, rupa bangsa, bahasa dan budaya masing-masing selagi tidak bertindak melampau terhadap pihak yang lain. Konsep ini sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, maka PAS akan menentang mana-mana pihak yang cuba merungkaikannya.
 
Dalam pada itu, PAS juga menegaskan haramnya fanatik perkauman walaupun masing-masing kasih kepada bangsa dan keluarga yang diakui menjadi fitrah manusia. Akan tetapi, perkara tersebut tidak boleh sekali-kali mengatasi aqidah beragama supaya seseorang itu tidak melampaui batas.
 
Oleh kerana Islam yang sempurna membawa konsep tiada paksaan dan adil kepada semua bangsa, maka PAS menegaskan wajibnya kepimpinan Islam. Hal ini demikian kerana, hanya Islam sahaja mempunyai aspek spiritual dalam aqidah yang dapat mengawal diri secara peribadi serta beradab dalam kehidupan bermasyarakat dan berpolitik.
 
Kesan konsep Islam ini sudah tertanam dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam dan ia wajib dihormati oleh semua kaum. Maka, PAS tetap menentang mana-mana pihak yang melampau, fanatik perkauman dan liberal sehingga tidak mempunyai perasaan berbangsa dan manusia berakhlak.
 
Islam mendahulukan konsep perdamaian dan keamanan, sama ada ketika lemah atau kuat, kalah atau menang. Maka, PAS tetap memilih konsep ini dengan menyertai demokrasi yang menjadi sebahagian daripada pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) berpandukan perintah Allah SWT dalam al-Quran melalui firman-Nya:
 
﴿Ł±ŲÆۡŲ¹ُ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ Ų±َŲØِّŁƒَ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ­ِŁƒۡŁ…َŲ©ِ ŁˆَŁ±Ł„ۡŁ…َŁˆۡŲ¹ِŲøَŲ©ِ Ł±Ł„ۡŲ­َŲ³َŁ†َŲ©ِۖ ŁˆَŲ¬َٰŲÆِŁ„ۡŁ‡ُŁ… ŲØِŁ±Ł„َّŲŖِŁŠ Ł‡ِŁŠَ Ų£َŲ­ۡŲ³َŁ†ُۚ Ų„ِŁ†َّ Ų±َŲØَّŁƒَ Ł‡ُŁˆَ Ų£َŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ…َŁ† Ų¶َŁ„َّ Ų¹َŁ† Ų³َŲØِŁŠŁ„ِŁ‡ِŪ¦ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų£َŲ¹ۡŁ„َŁ…ُ ŲØِŁ±Ł„ۡŁ…ُŁ‡ۡŲŖَŲÆِŁŠŁ†َŁ”Ł¢Ł„ ŁˆَŲ„ِŁ†ۡ Ų¹َŲ§Ł‚َŲØۡŲŖُŁ…ۡ ŁَŲ¹َŲ§Ł‚ِŲØُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ…ِŲ«ۡŁ„ِ Ł…َŲ§ Ų¹ُŁˆŁ‚ِŲØۡŲŖُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ۖ ŁˆَŁ„َŲ¦ِŁ† ŲµَŲØَŲ±ۡŲŖُŁ…ۡ Ł„َŁ‡ُŁˆَ Ų®َŁŠۡŲ±ٞ Ł„ِّŁ„ŲµَّٰŲØِŲ±ِŁŠŁ†َŁ”Ł¢Ł¦ ŁˆَŁ±ŲµۡŲØِŲ±ۡ ŁˆَŁ…َŲ§ ŲµَŲØۡŲ±ُŁƒَ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ­ۡŲ²َŁ†ۡ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِŁ…ۡ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁƒُ ŁِŁŠ Ų¶َŁŠۡŁ‚ٖ Ł…ِّŁ…َّŲ§ ŁŠَŁ…ۡŁƒُŲ±ُŁˆŁ†َŁ”Ł¢Ł§ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł±ŲŖَّŁ‚َŁˆŲ§ْ ŁˆَّŁ±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ł‡ُŁ… Ł…ُّŲ­ۡŲ³ِŁ†ُŁˆŁ†َŁ”Ł¢ŁØ﴾
 
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya, Tuhanmu itu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (125); Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan ke atasmu. Akan tetapi, jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (126); Bersabarlah (wahai Muhammad) dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipu dayakan. (127); Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan. (128)” (Surah al-Nahl: 125-128)
 
Maka, PAS tetap memilih konsep ini berpandukan perintah Allah SWT dalam al-Quran itu walaupun berulang kali rebah dan bangun, malah lebih banyak masa mengalami kekalahan dalam pilihan raya daripada memperoleh kemenangan. Perkara ini berlaku kerana PAS percaya bahawa penyelesaian selain daripada Islam pasti akan gagal dan manusia tidak boleh ditipu selama-lamanya. PAS terus bersabar walaupun memakan masa yang sangat panjang dan memerlukan pengorbanan yang besar.
 
Seluruh dunia sedang menyaksikan kegagalan ideologi kiri (komunisme dan sosialisme) dan sedang merudumnya ideologi kanan (liberal kapitalisme dan pragmatisme). Begitu juga agama yang memberikan penekanan aspek spiritual (rohani) sahaja, sehingga tidak memakan makanan yang dihalalkan, tidak berkahwin dan mengharamkan poligami dan sebagainya, mengalami krisis moral yang parah.
 
Begitu juga fahaman liberal sehingga menolak peranan agama, berkeluarga dan membinatangkan manusia dengan membawa penyakit diri dan masyarakat yang parah di negara yang melaksanakan tindakan sedemikian.
 
Islam yang bercirikan wasatiyyah meletakkan setiap sudut fitrah (naluri) manusia ada petunjuknya dari sudut keperluan jasad, roh dan akal, individu, keluarga dan masyarakat. Perkara ini telah dibuktikan kejayaannya yang bersejarah pada zaman keemasan Islam.
 
Adapun kejatuhan umat Islam selepas itu adalah disebabkan meninggalkan ajaran dan petunjuk Islam. Adapun kelemahan pihak yang lain pula akibat daripada kelemahan ajarannya yang tidak bersifat memenuhi fitrah manusia dengan sempurna atau tidak mempunyai konsep kesaksamaan.
 
Maka, secara berterus-terang PAS menyatakan cita-cita Islamnya kepada masyarakat majmuk tanpa sembunyi sedikit pun. Pada masa yang sama, mengajak pihak yang baik dan tidak ekstrem untuk bersama dan menolak semua pihak yang melampau dan zalim. Hal ini disebabkan perintah Allah SWT dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:
 
﴿ŁَŁ±Ų³ۡŲŖَŁ‚ِŁ…ۡ ŁƒَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŁ…ِŲ±ۡŲŖَ ŁˆَŁ…َŁ† ŲŖَŲ§ŲØَ Ł…َŲ¹َŁƒَ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ·ۡŲŗَŁˆۡŲ§ْۚ Ų„ِŁ†َّŁ‡ُŪ„ ŲØِŁ…َŲ§ ŲŖَŲ¹ۡŁ…َŁ„ُŁˆŁ†َ ŲØَŲµِŁŠŲ±ٞŁ”Ł”Ł¢ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ±ۡŁƒَŁ†ُŁˆٓŲ§ْ Ų„ِŁ„َŁ‰ Ł±Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ ŲøَŁ„َŁ…ُŁˆŲ§ْ ŁَŲŖَŁ…َŲ³َّŁƒُŁ…ُ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų±ُ ŁˆَŁ…َŲ§ Ł„َŁƒُŁ… Ł…ِّŁ† ŲÆُŁˆŁ†ِ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ł…ِŁ†ۡ Ų£َŁˆۡŁ„ِŁŠَŲ§ٓŲ”َ Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲ§ ŲŖُŁ†ŲµَŲ±ُŁˆŁ†َŁ”Ł”Ł£﴾
 
“Maka, tetaplah kamu pada jalan yang benar (istiqamah), sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat berserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (112); Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberikan pertolongan. (113)” (Surah Hud: 112-113)
 
PAS yang berkonsepkan wasatiyyah bersikap terbuka terhadap kawan dan lawan supaya melakukan perubahan secara islah bukan reformasi. Hal ini penting kerana menyahut firman Allah SWT menjadi petunjuk:
 
﴿ŁˆَŁ…َŲ§ٓ Ų£ُŲ±ِŁŠŲÆُ Ų£َŁ†ۡ Ų£ُŲ®َŲ§Ł„ِŁَŁƒُŁ…ۡ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰ Ł…َŲ§ٓ Ų£َŁ†ۡŁ‡َŁ‰ٰŁƒُŁ…ۡ Ų¹َŁ†ۡŁ‡ُۚ Ų„ِŁ†ۡ Ų£ُŲ±ِŁŠŲÆُ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł±Ł„ۡŲ„ِŲµۡŁ„َٰŲ­َ Ł…َŲ§ Ł±Ų³ۡŲŖَŲ·َŲ¹ۡŲŖُۚ ŁˆَŁ…َŲ§ ŲŖَŁˆۡŁِŁŠŁ‚ِŁŠٓ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲØِŁ±Ł„Ł„َّŁ‡ِۚ Ų¹َŁ„َŁŠۡŁ‡ِ ŲŖَŁˆَŁƒَّŁ„ۡŲŖُ ŁˆَŲ„ِŁ„َŁŠۡŁ‡ِ Ų£ُŁ†ِŁŠŲØُŁØŁØ﴾
 
“Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan) apa yang Aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) islah (perbaikan) selama aku masih berkesanggupan. Dan tiada taufiq bagiku melainkan dengan (pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah jua aku bertawakal dan hanya kepada-Nya jua aku kembali.” (Surah Hud: 88)
 
Kini, PAS berjaya mengumpulkan pihak yang selama ini menjadi lawan, khususnya daripada Barisan Nasional (BN) yang berpecah kepada lahirnya Bersatu dan jatuh kerajaannya akibat kesilapan lalu yang dikatakan berlakunya salah laku, rasuah dan lain-lain.
 
Adapun Pakatan Harapan (PH) yang berjaya mengambil alih kerajaan pusat secara campuran pula berideologi pragmatik dengan berbagai-bagai parti yang termakan dengan tawaran yang menarik.
 
Tambahan lagi, rakyat ditipu dengan manifesto yang tidak dapat ditunaikan dan merupakan janji bohong, berserta dukungan pemberi rasuah yang lebih mudarat daripada penerima rasuah dan pelbagai makhluk asing. Bukan dengan kekuatannya secara mutlak. Setelah memperoleh kemenangan bukan memikirkan cara menyelesaikan masalah negara dan rakyat, tetapi secara rakus berkuasa dan berbahas berkenaan siapakah Perdana Menteri.
 
PAS membawa agenda perpaduan umat serta konsep wasatiyyah, walaupun pernah bermusuhan yang paling tajam dengan BN yang terdapat dalamnya Umno dan daripada situlah asalnya Parti Bersatu. Namun, keadaan itu ditumpulkan dan dipatahkan apabila masing-masing disatukan dengan penganjuran himpunan Kongres Maruah Melayu, bersama memujuk parti-parti besar Melayu Islam dan bumiputera bersama kalangan ilmuwan terkemuka dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
 
Akhirnya, berjaya mengumpulkan tiga parti terbesar Melayu Islam dan bumiputera (Umno, PAS dan Bersatu) bersama dengan parti lain dari Sabah dan Sarawak, termasuklah kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem. Hasil gabungan ini telah berjaya menjatuhkan PH dan menubuhkan sebuah kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN).
 
Apabila Umno mengajak PAS untuk berkumpul di PWTC yang dimiliki oleh Umno, maka ditubuhkan gabungan Muafakat Nasional (MN) dengan persetujuan yang ditandatangani bersama piagamnya, kemudian bersetuju dimasukkan juga Parti Bersatu ke dalam gabungan MN. Maka, tiada sebab yang munasabah untuk merungkainya dan menasakhkan keputusan yang telah dimeteraikan kepada gabungan yang hanya terhad kepada Umno dan PAS sahaja, setelah ada dalam kalangan Umno menolak Bersatu atau kalangan Bersatu menolak Umno. Laksanakanlah firman Allah SWT:
 
﴿Ų„ِŁ†َّŁ…َŲ§ Ł±Ł„ۡŁ…ُŲ¤ۡŁ…ِŁ†ُŁˆŁ†َ Ų„ِŲ®ۡŁˆَŲ©ٞ ŁَŲ£َŲµۡŁ„ِŲ­ُŁˆŲ§ْ ŲØَŁŠۡŁ†َ Ų£َŲ®َŁˆَŁŠۡŁƒُŁ…ۡۚ ŁˆَŁ±ŲŖَّŁ‚ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ۡ ŲŖُŲ±ۡŲ­َŁ…ُŁˆŁ†َŁ”Ł ﴾
 
“Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Oleh itu, damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua-dua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat: 10)
 
PAS tetap mempertahankan konsep wasatiyyah dengan berada di tengah-tengah gelanggang pertembungan yang mahu merungkaikan kejayaan bersama menyelamatkan kerajaan PN, setelah bersama-sama berjaya khususnya dalam keadaan bencana alam (COVID-19) dengan menyingkirkan kerajaan PH yang sebenarnya gagal disebabkan krisis dalamannya yang hangat diketahui umum.
 
PAS sangat mengharapkan supaya perpaduan yang berjaya diusahakan sehingga berjaya menubuhkan kerajaan campuran PN bersama parti-parti dari Sabah dan Sarawak, bergabung bagi mempertahankan kepimpinan Melayu Islam dan bumiputera. Selain itu, diharapkan juga kepada parti bukan Islam yang tidak ekstrem dan menolak PH yang berideologi pragmatik dan liberal yang tidak boleh menyelamatkan negara dan masyarakat majmuk di negara ini.
 
Kepada Umno dan Bersatu, PAS mengingatkan firman Allah SWT:
 
﴿ŁˆَŲ£َŲ·ِŁŠŲ¹ُŁˆŲ§ْ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁˆَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„َŁ‡ُŪ„ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ†َٰŲ²َŲ¹ُŁˆŲ§ْ ŁَŲŖَŁۡŲ“َŁ„ُŁˆŲ§ْ ŁˆَŲŖَŲ°ۡŁ‡َŲØَ Ų±ِŁŠŲ­ُŁƒُŁ…ۡۖ ŁˆَŁ±ŲµۡŲØِŲ±ُŁˆٓŲ§ْۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł…َŲ¹َ Ł±Ł„ŲµَّٰŲØِŲ±ِŁŠŁ†َŁ¤Ł¦﴾
 
“Dan taatilah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu saling berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gagal dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah. Sesungguhnya, Allah berserta orang-orang yang sabar.” (Surah al-Anfal: 46)
 
Kepada golongan bukan Islam dalam masyarakat majmuk pula, janganlah takut kepada Islam yang menjadi dasar dan konsep negara. Hal ini demikian kerana, firman Allah SWT dalam al-Quran:
 
﴿۞Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŲ£ۡŁ…ُŲ±ُŁƒُŁ…ۡ Ų£َŁ† ŲŖُŲ¤َŲÆُّŁˆŲ§ْ Ł±Ł„ۡŲ£َŁ…َٰŁ†َٰŲŖِ Ų„ِŁ„َŁ‰ٰٓ Ų£َŁ‡ۡŁ„ِŁ‡َŲ§ ŁˆَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų­َŁƒَŁ…ۡŲŖُŁ… ŲØَŁŠۡŁ†َ Ł±Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ† ŲŖَŲ­ۡŁƒُŁ…ُŁˆŲ§ْ ŲØِŁ±Ł„ۡŲ¹َŲÆۡŁ„ِۚ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ Ł†ِŲ¹ِŁ…َّŲ§ ŁŠَŲ¹ِŲøُŁƒُŁ… ŲØِŁ‡ِŪ¦ٓۗ Ų„ِŁ†َّ Ł±Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁƒَŲ§Ł†َ Ų³َŁ…ِŁŠŲ¹َۢŲ§ ŲØَŲµِŁŠŲ±ٗŲ§Ł„ŁØ﴾
 
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan segala amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya, Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.” (Surah al-Nisa’: 58)
 
Kalau mereka boleh menerima ideologi ciptaan Karl Marx, Adam Smith dan sebagainya yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India, mengapa mereka tidak boleh menerima Islam menjadi dasar dan konsep negara tanpa paksaan menganut agama Islam?
 
Jadikan slogan bersama perpaduan iaitu ‘Selamatkan Negara dan Rakyat Bersama Islam’, bukannya slogan selamatkan diri dan kumpulan tertentu sahaja. Mari kita bersama-sama menolak PH yang melampau, merosakkan dan menganuti liberalisme yang hanyut boleh menenggelamkan. Sesungguhnya, di belakang mereka penyumbang rasuah yang lebih besar mudaratnya daripada penerima rasuah.
 
Presiden PAS
 
Bertarikh: 9 Rabi‘ al-Awwal 1444 / 6 Oktober 2022

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo