NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin BN Tidak Belajar Kesilapan PRU14, cakap bodoh sakiti hati rakyat


Pemimpin Barisan Nasional (BN) masih tidak belajar daripada kesilapan PRU-14 iaitu jangan terlalu mudah buat kenyataan yang boleh yang boleh sakiti hati rakyat.

Ini kenyataan terbaru Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti dilaporkan media:

“Bukan ada rusuhan pun, tak pernah ada rusuhan sepanjang 14 kali PRU diadakan di Malaysia, aman damai sahaja.

“Kalau hujan, pakailah payung. Jadi pada saya, mereka perlu keluar mengundi,” katanya menjawab soalan pemberita mengenai cuaca buruk.

Jawapan ini walau berdasarkan fakta iaitu musim hujan bukan penghalang keluar mengundi, tetapi tajuk berita yang disiarkan:

[PRU tengkujuh: Kalau hujan, pakailah payung – Ahmad Maslan]

Tajuk berita ini boleh menyebabkan sebilangan rakyat bosan, jijik dengan BN.

Kalau Setiausaha UMNO, Ahmad Maslan itu ada akal dia tidak perlu pun mengulas mengenai payung.UMNO/BN galak sangat nak PRU walaupun banjir demi nak selamatkan penyamun dan perompak yang ada dalam parti mereka. Jadi jangan tambah dengan ucapan bodoh seperti sebelum ini.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo