NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBRS saran BN Sabah gerak solo, lupakan GRS


KOTA KINABALU:
Bimbang kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) tampil bersuara agar gerakan solo BN pada Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) turut diperluaskan ke Sabah.

Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata memorandum di antara PBRS dan BN juga pernah menyentuh perkara tersebut sebelum ini.

"PBRS menyokong penuh kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN akan bertanding secara solo dan menyarankan agar keputusan BN untuk bertanding secara solo dibuat secara konsisten merangkumi PRU-15 di Sabah juga, selaras dengan memorandum PBRS kepada BN lebih awal.

"PBRS percaya bahawa kerjasama yang bakal dijalin di antara BN dan GRS akan hanya memberi kelebihan kepada pihak PN," ujarnya

Kenyataan tersebut menurut Kurup turut mengambil kira maklum balas yang diterima di peringkat kepimpinan akar umbi selain berkata ia bertujuan untuk mengekalkan imej kesederhanaan serta kemampuan BN menawarkan kestabilan politik di negara ini.

"Ini adalah juga dalam mengambil kira maklum balas dari pemimpin-pemimpin bahagian dan penyokong akar umbi PBRS yang tidak bersetuju dengan gabungan tersebut.

"PBRS berpendirian teguh agar BN bergerak secara solo dalam mendepani PRU15, untuk mengekalkan imej BN yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan dan mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama di dalam negara ini," tambahnya lagi.

PBRS melalui pemudanya sebelum ini pernah menyuarakan kekecewaan apabila parti komponen itu tidak dilibatkan di dalam perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dengan GRS.

Ketua Pemuda PBRS, Edwin Laimin pada ketika itu turut mempersoalkan kewajaran tindakan Badan Perhubungan BNSabah membelakangkan Perkara 13 Perlembagaan BN yang menyatakan semua keputusan melibatkan kepentingan BN perlu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi BN dengan sebulat suara.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo