NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS usaha beri kefahaman Islam kepada mualaf


KOTA BELUD: PAS berusaha memberi kefahaman Islam kepada masyarakat terutamanya mualaf supaya menjadi hamba Allah yang bertakwa.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Adzmin Awang, pihaknya menyasarkan agenda utama memberikan ilmu kepada penduduk kampung selain menjaga kebajikan mereka menerusi Program Misi Dakwah dan Kebajikan.

Katanya, program selama dua hari itu lebih kepada mengajar ilmu mendalami tentang pengurusan jenazah, memperbaiki solat, menutup aurat dan hukum asas dalam Islam.

“Kami mengharapkan, dengan ilmu yang diperolehi, mereka mampu mengamalkan apa yang dipelajari contohnya dapat menguruskan jenazah penduduk kampung sendiri tanpa perlu lagi bantuan daripada luar,” ujarnya selepas selesai program berkenaan di sini, kelmarin.

Beliau turut mengharapkan, penduduk kampung itu terus mengingati ilmu yang mereka pelajari dan hidup dengan cara Islam kerana sebahagian daripada mereka adalah mualaf.

Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Pengerusi 1 Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS negeri, Nur Izzati Yusof, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Belud, Ustaz Mustaqim Aling dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan, Ustazah Rosnani.

Lebih 100 orang penduduk hadir ke program anjuran LKK PAS Sabah dengan kerjasama PAS Kota Belud dan Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) itu.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya serahan sumbangan kepada asnaf, sukaneka rakyat, pertandingan azan, edaran telekung percuma dan ceramah kekeluargaan. – HARAKAHDAILY 25/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo