NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak muda perlu cakna keadaan semasa politik


KUALA LUMPUR: Anak muda terutama pengundi kali pertama perlu keluar mengundi menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun politik negara terumbang-ambing disebabkan pertukaran tiga Perdana Menteri Penggal Ke-14 ini.

Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM), Shahir Adnan, berkata anak muda perlu mengelakkan situasi keletihan politik atau ‘political fatigue’ demi mengelakkan negara jatuh ke tangan ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

“Anak muda dan rakyat perlu cakna keadaan politik semasa untuk menentukan siapakah yang mampu mentadbir negara dengan elok.

“Harus diingat bahawa negara mengalami situasi ketegangan antara kaum sewaktu Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Pelbagai isu berkaitan agama, bangsa, dan kedaulatan negara disentuh seperti ratifikasi ICERD, Statut Rome, LGBT dan penjualan pelbagai aset negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Pengerusi IKATAN Kelantan itu, pihaknya juga berharap kedaulatan sistem kehakiman tidak tercemar dengan pendakwaan terpilih yang mempunyai unsur politik.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana sesetengah pendakwaan digugurkan secara membuta tuli tanpa dihadapkan ke mahkamah.

“Siapa yang bersalah, perasuah, penyamun duit rakyat dan hasil negara mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

“Rakyat jangan letih politik hinggakan mereka yang mempunyai kes mahkamah akan menang pilihan raya kerana kita tidak keluar mengundi,” pesannya.

Shahir turut mengingatkan supaya anak muda tidak sesekali mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi.

Katanya, hal ini kerana, tindakan tidak keluar mengundi umpama memberikan undi kepada pihak lain untuk menang.

“Ini bukanlah semangat demokrasi. Tunaikan hak dan tanggungjawab kita agar negara dipimpin oleh pemimpin berintegriti dan bebas rasuah,” katanya. – HARAKAHDAILY25/10/2022


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo