NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS Perlis tiada masalah guna logo PN


KANGAR
: PAS Perlis tidak bermasalah menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Shukri Ramli berkata, logo PN akan diperkenalkan kepada pengundi bagi memastikan mereka mengenali logo tersebut.

“Logo PN mungkin sesuatu yang baharu bagi pengundi, jentera kita terutama muslimat PAS akan berkempen dari rumah ke rumah bagi memperkenalkan logo PN.

“Sasaran utama kita kepada pengundi saluran 1 dan 2 bagi menerangkan kepada mereka kerjasama PAS dengan Bersatu menerusi PN,” katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) hari ini.

Baru-baru ini PAS memutuskan kekal menggunakan logo ‘bulan purnama’ di negeri yang dikuasai parti sekarang iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri lain termasuk Perlis akan menggunakan logo PN.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi PN Perlis berkata, agihan kerusi dan senarai calon bagi PAS dan Bersatu di negeri itu telah dimuktamadkan.

Menurutnya agihan kerusi dengan Bersatu sudah selesai 100 peratus dan telah bentangkan kepada PN Pusat.

“Tunggu hari penamaan calon nanti akan diumumkan,” katanya.

Kata beliau juga jentera pilihan raya PAS Perlis sudah bersedia dan berada pada tahap terbaik bersama gabungan PN bagi menghadapi PRU15 peringkat parlimen dan DUN.

“Himpunan jentera telah dibuat di semua peringkat dan markas juga telah dibuka. Kita bersiap sedia menunggu hari penamaan calon,” katanya

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dibubar pada Jumaat lepas selepas mendapat perkenan Raja Perlis.

Sehingga sekarang hanya Perlis, Pahang dan Perak sahaja yang membubarkan DUN bagi membolehkan PRU15 diadakan serentak dengan parlimen. – HARAKAHDAILY 17/10/22







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo