NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bubar DUN: Razman ucap terima kasih kepada pengundi DUN Gunung Semanggol


TERIMA KASIH tidak terhingga pakteh ucapkan kepada semua pengundi DUN N11 GUNUNG SEMANGGOL yang telah memberi kepercayaan kepada pakteh.

Selaku manusia biasa, pakteh dan kakitangan Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol menyusun 10 jari atas segala kekhilafan dan kekurangan sepanjang berkhidmat di DUN Gunung Semanggol. Kami buat sehabis baik bagi memberi khidmat yang terbaik untuk warga DUN Gunung Semanggol yang pakteh kasihi.

Seperti di dalam video ini, pakteh kongsikan agenda utama pakteh di Kerian khususnya di Gunung Semanggol.

Maaf andai video ini agak panjang, kerana pakteh begitu teruja untuk kongsikan beberapa agenda yang telah dan sedang diusahakan, antaranya :

  1. Meningkatkan hasil pendapatan pesawah di kawasan Jelapang iaitu daerah Kerian.
  2. Memperkukuhkan sistem pengairan di Kerian yang bakal menaikkan hasil tanaman padi dan banyak industri akan melabur.
  3. Aktiviti Paragliding di Gunung Semanggol bakal mengubah corak pelancongan di sini sekaligus menarik ramai pelancong dan merancakkan ekonomi penduduk setempat.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo