NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS dan Umno dijangka bertembung di 27 kerusi

PAS gagal memenuhi syarat yang digariskan Umno untuk bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang, menurut Naib Presiden Umno Khaled Nordin.

Justeru, bekas menteri besar Johor itu menjangkakan kedua-dua parti akan bertembung di 27 kerusi parlimen yang bertindih.

Kerjasama Umno dan PAS, kata Khaled secara automatik akan terputus apabila PAS gagal memenuhi tiga syarat yang ditetapkan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

"Kita tak ubah syarat kita iaitu tiga perkara yang presiden sebut. Bila PAS tak terima (syarat) tu, dengan sendirinya (tawaran kerjasama) gugur, itu saja.


"Kalau tak ada (kerjasama) memang maknanya akan ada pertandingan (pertembungan kerusi Umno-Pas)," kata Khaled seperti dipetik Sinar Harian selepas Mesyuarat MKT Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi.

Pada 2 Okt, Ahmad Zahid memaklumkan tiga syarat yang dikemukakan kepada Presiden PAS Abdul hadi Awang jika parti itu mahu menjalin semula hubungan dengan Umno.

Syarat itu menuntut PAS keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufarakah’ (berpisah) seratus peratus daripada PN dan Bersatu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hubungan Umno dan PAS tidak mempunyai sebarang masalah pada peringkat awal sehinggalah Umno meminta PAS meninggalkan Bersatu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo