Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) menyatakan sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan.
Presidennya, K Palanisamy yang juga bekas aktivis Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) berkata bahawa sokongan tersebut diberikan kepada PH atas kapasiti Mira sebagai 'rakan strategik' PH sejak 2018.
"Saya sebagai presiden Mira bersama-sama ahli parti saya dan rakan-rakannya dari Hindraf akan berkempen untuk membantu PH menang pada PRU 15," katanya kepada Malaysiakini.
Mira merupakan rakan strategik PH ketika pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sebelum meninggalkan gabungan itu yang ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada Feb 2020.
Namun, parti itu kembali menyokong PH selepas jawatan presiden diambil alih oleh Palanisamy.
Palanisamy lebih dikenali sebagai KP Samy merupakan bekas ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC.
Sementara itu, Palanisamy membidas kenyataan bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy bahawa Hindraf akan sokongan BN.
"Saya tiada isu dia nak sokong pihak mana. Tapi, dia tidak boleh mengheret Hindraf.
"Berapa ramai pengasas Hindraf masih bersama Waytha? Tiada seorang pun daripada lima pemimpin Hindraf yang ditahan dibawah ISA menyokong BN.
"Jadi, dia nak sokong BN, parti dia nak sokong BN itu hal peribadi. Ia tidak kena mengena dengan Hindraf," katanya.
Sebelum ini, Waytha yang juga presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) berkata sokongan tersebut diberikan kepada BN selepas permintaannya untuk bekerjasama dengan PH tidak diendahkan.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment