NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Nurul Izzah nafi dakwaan rundingan sulit UMNO-PKR

Nurul Izzah berkata, dakwaan rundingan sedemikian hanya sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menafikan dakwaan bahawa parti itu sedang mengadakan rundingan sulit bersama UMNO, untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Sudah terang lagi bersuluh kekecewaan, kami selaku ahli Parlimen yang tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana ia mengheret seluruh rakyat Malaysia untuk berhadapan dengan bahaya bencana alam dan musim tengkujuh.

"Kita tidak mahu menerima pakai politik begini dan ini sekadar khabar angin yang tidak sihat menjelang PRU," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Prihatin Deepavali Keadilan Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan sulit itu dilakukan antara pasukan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo