NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Logo PAS di tiga negeri muktamad


KUALA LUMPUR:
Semua calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan menggunakan logo PAS di tiga negeri, iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan itu sudah dipersetujui setakat ini.

"Kita telah mendapat lebih kurang lampu hijau daripada PN untuk PAS menggunakan logo PAS, iaitu bulan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS.

"Itu yang diterima dan dipersetujuilah. Kalau kita tengok kenyataan daripada Pengerusi PN (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun beliau mengatakan beliau memahami rasional PAS meminta penggunaan logo itu.

"Bagi saya, saya faham mungkin tidak ada masalah. Jadi, maknanya semua calon-calon PN akan menggunakan logo PAS kalau itu dimuktamadkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendakian 121 Puncak sempena ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia ke-121 di sini, hari ini.

Menjelaskan mengenai keputusan untuk menggunakan logo PAS, Takiyuddin berkata itu langkah strategik kerana pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, PKR menggunakan logo sendiri walaupun parti itu satu komponen dalam Pakatan Harapan (PH).

"Jadi ia terpulang kepada gabungan. Kalau gabungan membenarkan individu parti itu menggunakan logo itu, boleh digunakan," katanya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo