NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Liang lahad’ untuk disewa RM350, lengkap berkipas bikin netizen kecoh


Terbaharu, sebuah iklan bilik sewa di Facebook telah dikongsikan kembali oleh pengguna Twitter mendapat perhatian netizen. Mana tidaknya, dapat dilihat bilik tersebut sangat kecil dan hanya dapat memuatkan sebuah tilam bersaiz single.


Bilik tersebut turut dilengkapi dengan sebuah kipas siling dan harga bilik sewa itu adalah RM350. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut kerana yang ditawarkan mahal dan tidak berpatutan dengan penawaran diberikan.

Bukan itu sahaja, para netizen berpendapat bahawa bilik sewa yang sempit itu seperti liang lahad kerana terlalu kecil dan ‘menyesakkan’. Malah, rata-rata netizen berasa tidak patut bilik sewa seperti itu ditawarkan kerana kasihan kepada penyewanya kelak jika ada yang terdesak untuk menyewa.

Selain itu, ada juga netizen mengatakan bahawa pasti penyewa yang menyewa bilik ini akan insaf setiap hari kerana mengingatkan mereka kepada liang lahad. Malah, netizen juga mahu harga bilik tersebut dikurangkan kerana tidak berbaloi dengan keadaan bilik.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo