Selain sawi, bayam, bendi, sayur pak choy juga antara yang selalu ditanam di rumah. Ia antara tanaman yang mudah ditanam dan cepat dapat makan hasilnya.
Sesuai sangat kalau baru-baru mencuba untuk bercucuk tanam. Tak semesti ada pasu khas, boleh guna apa juga bekas yang ada. Yang penting medium yang digunakan.
Boleh ikut perkongsian Liyana Mohd Poad yang menanam sayur ini dalam besen plastik saja, tapi tetap menjadi, elok suburnya. Menariknya sayur ini paling cepat kita merasa hasilnya, lebih kurang sebulan dah boleh dituai.
Cara mudah tanam pak choy, dalam besen saja!
Bagi yang nak mencuba boleh ikut cara yang dikongsi.
1. Sediakan dua jenis media tanaman iaitu cocopeat dan tanah organik. Mix dan tambah kompos organic dalam segenggam (apa-apa jenama pun boleh). Kalau tak tahu apa itu kompos organik, beli sekam bakar dan campur.
2. Kemudian, sediakan benih baby pakchoy. Campur dalam segenggam pasir dan tabur merata. Tutup benih yang ditabur dengan lapisan tanah, nipis saja dalam 1 cm. Kemudian siram.
3. Tutup bekas semaian dengan daun daun kering dan letak di luar. Panas 70%.
4. Lepas dua hari benih bercambah dan selepas 3 hari, hasilnya seperti di atas. Saya semai dalam bekas polisterin. Letak di luar rumah. Cahaya matahari 80%.
5. Bila anak benih dan naik 4-5 helai daun, pindahkan ke bekas yang lain. Jangan biasakan tanam dalam bekas semaian. Saya guna besen saja yang ditebuk lubang di bawahnya untuk pengaliran air. Dalam satu besen boleh letak dalam 10 pokok.
6. Boleh guna tanah sama dari tempat semaian tapi tambah sedikit tanah organik 10 in 1.
7. Ini baby pak choy 3 minggu usianya. Supaya subur dan gemuk letak baja organik jenama apa pun boleh.
8. Lebih kurang sebulan pak choy dah boleh tuai. Mudah kan.
Selamat mencuba!
Sumber: Liyana Mohd Poad
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment