NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPJ gantung tugas individu pijak kolam Deepavali


PETALING JAYA:
Individu terlibat dalam video tular memijak hiasan kolam Deepavali di Hospital Pakar KPJ Klang baru-baru ini digantung tugas sementara menunggu siasatan selesai.

KPJ Healthcare Berhad dalam kenyataan berkata, pihaknya turut membuat laporan polis mengenai insiden itu dan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Kami kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu ini dan pihak terbabit telah digantung kerja sementara menunggu siasatan lanjut.

“KPJ Healthcare Berhad memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia, khususnya kepada masyarakat India, berkaitan dengan video yang telah tular di salah satu premis kami,” katanya.

KPJ Healthcare turut memaklumkan mereka sama sekali tidak membenarkan tindakan sedemikian dan ia jelas tidak mencerminkan budaya, nilai atau amalan syarikat mereka.

Terdahulu, satu klip video menunjukkan seorang lelaki berbaju Melayu dan bersongkok memijak kolam pada bahagian hiasan, dengan seorang penonton berkata “vandalisme”.

Susulan itu Hospital Pakar KPJ Klang menegaskan, mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan jelik dan tidak profesional daripada mana-mana kakitangan dan akan menjalankan siasatan dalaman.

Terbaharu, polis memaklumkan pihaknya menahan individu tular memijak hiasan kolam Deepavali dan perakam video itu selepas kedua-dua mereka hadir di IPD Klang Utara semalam.

Ketua Polis Klang Utara, Vijaya Rao Samachulu, berkata kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an dan 30-an itu hadir di IPD Klang Utara kira-kira jam 11 malam.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo