NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ serah parlimen Rembau pada Mat Hasan


Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata parti itu akan mencari tempat sesuai untuk penyandang kerusi parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding pada PRU15.

Dia berkata sudah tentu Umno tidak mahu Khairy ‘hilang’ begitu sahaja memandangkan menteri kesihatan itu pemimpin muda berkaliber dan baik untuk negara.

"Kita cuba cari tempat sesuai untuk beliau untuk bertanding di PRU15," kata Ketua Umno Bahagian Rembau, lapor Bernama.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Rembau, di Seremban, hari ini.

"Itu semangat kekeluargaan di Rembau, kami beradat.

“Alhamdulillah kita akan pastikan jentera di Rembau dipertingkatkan lagi, tiada isu kerusi Rembau lagi," kata Mohamad lagi.

Dalam mesyuarat Umno bahagian hari ini, Khairy yang juga timbalan Mohamad ketika menyampaikan ucapan penggulungannya berkata dia akan memberi laluan parlimen Rembau untuk ditandingi Mohamad pada PRU15.

Sebelum ini, isu berkenaan hangat diperkatakan selepas Mohamad mengumumkan hasrat untuk bertanding di kerusi parlimen Rembau yang disandang Khairy selama tiga penggal sejak PRU12.

Khairy turut membuat hantaran Instagram mengenai perkara ini.

"Menyerahkan parlimen Rembau kepada Mohamad Hasan selepas tiga penggal sebagai MP.

“Insya-Allah, Tok Mat akan menang besar dan terus menjaga Rembau dengan cemerlang."

Malaysiakini sedang cuba menghubungi kedua-dua pemimpin untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai perkara itu.








............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo