NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Janin dalam tandas masjid milik kucing, bukan manusia, kata polis


CHUKAI:
Janin yang ditemui seorang pekerja pembersihan dalam tandas sebuah masjid di Kampung Labohan, Kerteh, di sini disahkan bukan janin manusia, sebaliknya janin kucing.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata perkara itu disahkan Unit Forensik Hospital Kemaman.

“Ujian oleh Unit Forensik mengesahkan janin yang ditemui itu bukanlah milik manusia seperti disangka, tetapi sebenarnya janin kucing,” katanya kepada Bernama malam ini.

Kira-kira 12 tengah hari tadi, anggota kariah digemparkan dengan penemuan satu janin yang menyerupai janin manusia di atas lantai tandas masjid itu.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo