NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengawal keselamatan maut tersepit pagar automatik


JOHOR BAHRU:
Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan maut selepas tersepit pada pagar automatik sebuah gudang perkasas besi di Jalan Sri Purnama 5, di sini, pada Khamis malam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan Dua Khairul Azhar Abdul Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.29 malam

Katanya, mangsa, Sami Ur Rahman, 29, ditemukan tersepit pada sebuah pagar automatik di premis terbabit.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuka pagar automatik tersebut secara manual dengan bantuan pegawai penyelenggara di gudang tersebut.

"Operasi menyelamat disertai seramai empat orang anggota dan sebuah jentera FRT dari BBP Tebrau," katanya dalam satu kenyataan Khamis malam.

Tambahnya, operasi ditamatkan sekitar jam 8.25 malam dan mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo