NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia di kedudukan teratas dunia sebagai negara 'Most Generous'

Indonesia mengekalkan kedudukan itu dengan indeks 68 peratus iaitu lapan daripada 10 orang menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela. - Gambar fail

JAKARTA: Charities Aid Foundation (CAF), sebuah badan amal berdaftar Britain meletakkan Indonesia di kedudukan teratas sebagai negara pemurah (generous) buat tahun kelima berturut-turut.
Kenya menduduki tempat kedua dalam laporan tahunan World Giving Index 2022 yang dilancarkan baru-baru ini diikuti Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.
Menurut CAF, Indonesia mengekalkan kedudukan itu dengan indeks 68 peratus iaitu lapan daripada 10 orang menderma dalam bentuk kewangan manakala enam daripada 10 menyumbang sebagai sukarela.
Disusuli Kenya dengan skor 61 peratus iaitu sebanyak 77 peratus rakyatnya membantu seseorang yang mereka tidak kenali berbanding purata global 62 peratus.
Laporan itu menyatakan agama serta populasi yang besar di Indonesia dan Kenya menjadi pemacu utama peningkatan tahap penyertaan serta pemberian sejak lima tahun lalu.
"Keputusan ini juga didorong oleh tradisi budaya masyarakat seperti gotong-royong di Indonesia dan harambee di Kenya yang menyatukan orang ramai pada masa mendesak termasuk ketika pandemik COVID-19," menurut CAF.
World Giving Index 2022 menggunakan data yang dikumpul dari 119 negara oleh kumpulan penyelidik pasaran Gallup.
-- BERNAMA


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo