NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Idris Jusoh disingkir oleh Mat Said jadi calon PRU-15?


KUALA TERENGGANU:
Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas beliau, langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada calon muda seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti.

"Dengan barisan kepimpinan yang lebih muda, saya yakin masa depan UMNO akan jadi lebih bertenaga dan diminati pengundi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Idris yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata, keputusan untuk tidak bertanding pada PRU telah diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.


"Ketika itu, saya menyatakan hasrat saya kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO. Namun, atas kehendak parti saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara.

"Pada tahun sama, saya telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut kepada pimpinan baharu sebagai salah satu perancangan saya untuk berundur secara beransur-ansur dalam dunia politik," ujarnya.

Idris memberitahu, pengalaman beliau bertanding dalam PRU bermula pada 1995 iaitu sebagai Ahli Parlimen Besut ketika berusia 40 tahun.

Jelas beliau, penggal seterusnya iaitu pada PRU 1999, beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun kembali diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada 2004 dan 2008.

"Dua penggal berikutnya pula iaitu 2013 dan 2018, saya kembali bertanding di kerusi Parlimen seterusnya menang sebagai ahli Parlimen.

"Sekarang saya telah meniti usia 67 tahun. Masa untuk saya memberi laluan telah tiba," katanya.

Dalam pada itu, Idris turut merakam penghargaan kepada semua pengundi yang menyokongnya sebelum ini serta parti memberi kepercayaan terhadapnya

Katanya, walaupun berundur, beliau berazam untuk terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU15.

Artikel asal diterbitkan di portal Sinar Harian



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo