NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hentikan sabotaj, pastikan kemenangan BN – PM


BERA –
 Semua ahli UMNO diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj kepada calon parti  yang bertanding dan perlu menolak kepentingan diri bagi memastikan kemenangan Barisaan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebaliknya ahli UMNO mesti bekerja kuat untuk memastikan kemenangan parti dan bukannya ada kepentingan diri sendiri.

“Paling malang jika terdapat unsur-unsur sabotaj kepada calon yang bertanding kerana sabotaj akan pasti membawa kepada kekalahan dan yang rugi adalah parti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera hari ini.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata,  setiap calon yang bertanding bukan atas kepentingan diri sendiri  tetapi atas nama Barisan Nasional (BN), justeru sesiapa pun yang dicalonkan mesti disokong kerana mereka mewakili parti.

“Kita bekerja kuat untuk memastikan parti menang bukan bekerja kuat untuk memastikan kita bertanding dan menang untuk diri sendiri, parti yang lebih penting.

“Saya ucap terima kasih kepada ramai yang bekerja kuat untuk kemenangan parti. Untuk diri sendiri berangan-angan sikit sikit itu, okay tidak ada masalah.

“Tetapi jangan kerana kita nak bertanding tetapi tidak dapat bertanding kita sabotaj kawan yang bertanding.  Itu yang tak boleh bergerak ke hulu ke hilir untuk pastikan calon kita kalah,” katanya. – MalaysiaGazette







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo