NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gelaran ‘Datuk Seri’ suami Heliza didakwa palsu ?

Netizen kata gelaran ‘Datuk Seri’ suami Heliza didakwa palsu, habis terbongkar. Tiada angin tiada ribut, tular di media sosial mengenai perkongsian oleh seorang pengguna yang membuat pendedahan tentang suami kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

Menerusi perkongsian berani itu, individu tersebut mendakwa suami Heliza menggunakan gelaran Datuk Seri palsu. Difahamkan, gelaran palsu itu bermaksud gelaran yang dibeli dan bukan dianugerahkan dari mana-mana istana.

Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana rata-rata mereka terkejut dan bersimpati dengan Heliza yang tertipu.

Tidak kurang juga, ada yang menjadikan pasangan itu bahan ketawa kerana suka menayang kemewahan dan ada yang menggelar mereka sebagai penunggang agama.

Malah, ada seorang individu mengaku bekerja di bawah suami Heliza mendakwa dia sudah lama tahu tentang perkara tersebut. Dalam pada itu, ada yang mendakwa gelaran sahaja palsu tetapi perniagaan yang dijalankan adalah ‘legal’.

Meskipun perkara itu sedang hangat diperkatakan, setakat ini masih tiada penjelasan daripada Heliza dan Mahadi mengenai dakwaan tersebut.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo