NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua varian baharu virus Covid-19 kebal Vaksin

LONDON: Pegawai kesihatan memberi amaran dua varian baharu virus Covid-19 yang ditemui di United Kingdom (UK) berkemungkinan ‘kebal’ terhadap vaksin.

Terdapat 717 kes bagi varian BQ.1 dikesan di seluruh negara dan 18 kes bagi varian XBB dengan kedua-dua varian itu dikhuatiri sangat kebal sehingga vaksin sedia ada tidak mampu menghalang jangkitannya.

Selain itu terdapat peningkatan kes di Singapura di mana lebih separuh daripada kes global untuk varian XBB dikesan di negara itu.

Kedua-dua virus BQ.1 dan XBB merupakan mutasi daripada varian Omicron yang sangat mudah berjangkit dan pakar memberi amaran bahawa kekurangan ujian mungkin menyebabkan jangkitan gagal dikesan.

Agensi Kesihatan dan Keselamatan UK (UKHSA) berkata, kajian sedang dijalankan untuk menilai situasi berkenaan varian baharu itu.

Pakar di kemudahan penyelidikan Biozentrum di Universiti Basel memberi amaran kumpulan dalam varian Covid-19 ini boleh membawa kepada gelombang kes baharu yang ketara di seluruh Eropah menjelang perayaan Krismas Disember ini.

Ahli Biologi Biozentrum, Cornelius Roemer berkata, trend semasa sangat berbeza daripada apa yang berlaku dengan virus sebelum ini.

“Kini buat pertama kalinya, kita melihat banyak keturunan, banyak varian muncul selari yang semuanya mempunyai mutasi hampir sama dan paling ditakuti berjaya mengelak imuniti dengan baik,” tambahnya.-AGENSI

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo