NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua produk mi segera Mie Sedaap ditarik balik kerana kehadiran racun perosak

DUA produk jenama Indonesia Mie Sedaap – mi segera Korean Spicy Soup dan mi segera Korean Spicy Chicken – telah ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida, satu bahan racun perosak.

Agensi Makanan Singapura (SFA) menyatakan semalam (6 Okt) bahawa etilena oksida dikesan dalam produk tersebut semasa satu tinjauan bahan makanan, selepas racun perosak sama ditemui dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu.
Produk Haagen-Dazs yang terjejas itu juga telah ditarik balik pada waktu itu.

Produk Korean Spicy Chicken yang terjejas mempunyai tarikh luput 21 Mei 2023, manakala produk Korean Spicy Soup yang terjejas tamat tempoh pada 17 Mac 2023.

Pemeriksaan The Straits Times (ST) menunjukkan dua perisa mi segera itu boleh didapati di pasar raya tempatan dan dalam talian.

Menurut SFA, etilena oksida ialah racun perosak yang tidak dibenar kegunaan dalam makanan.

Walaupun ia tidak menimbulkan risiko segera pada tahap penggunaan rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Menurut satu laporan dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, pendedahan jangka panjang kepada etilena oksida pada manusia boleh menyebabkan kerengsaan mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru, dan kerosakan pada otak dan sistem saraf.

Pendedahan kepada etilena oksida juga meningkatkan risiko barah, menurut laporan sama.

SFA berkata ia sedang menguji produk mi segera Mie Sedaap lain, dan sedang bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk “menyiasat dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida”.

SFA berkata pengguna yang telah membeli produk terjejas itu harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka telah memakannya dan mempunyai masalah kesihatan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo