NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dr Radzi Jidin diumum calon PN Parlimen Putrajaya

Senator Datuk Dr Radzi Jidin telah diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Putrajaya oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Program Jelajah Prihatin di Presint 16, Putrajaya malam ini.
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin merupakan Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) dan Menteri Pendidikan Malaysia yang dilantik pada 10 Mac 2020. 

Sebelum itu, beliau ialah bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang dilantik pada 2 Julai 2018 lalu. Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi kerusi Parlimen Ketereh menentang penyandang, Tan Sri Annuar Musa dari Barisan Nasional dan Wan Ismail Wan Jusoh dari PAS, namun beliau telah tewas kepada Annuar Musa dan Wan Ismail Wan Jusoh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo