NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta

Tuan Ibrahim berkata, kementerian yakin RUU itu dapat memantapkan penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berulang.- Fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta, dan penjara mandatori tidak melebihi lima tahun.
Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kadar kompaun juga telah ditingkatkan dari tidak melebihi RM2,000 kepada tidak melebihi 50 peratus daripada denda maksimum kesalahan berkaitan.
Jelas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, pindaan tersebut dilakukan bagi menambah baik, memantapkan, dan meningkatkan kadar penalti dan kompaun, bagi membolehkan tindakan tegas dan hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar.
“RUU ini menetapkan denda maksimum RM10 juta bagi kesalahan melibatkan pencemaran air, pencemaran buangan minyak, serta buangan di perairan Malaysia, dan pelupusan haram buangan terjadual.
“Selain itu, penjara mandatori tidak melebihi lima tahun juga boleh dikenakan ke atas kesalahan melibatkan pelupusan haram buangan terjadual, pencemaran air, dan ketidak patohan keperluan Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA),” katanya kepada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, kementerian yakin RUU itu dapat memantapkan penguatkuasaan, pencegahan pencemaran dan jenayah alam sekitar daripada terus berulang.
Selain itu, katanya lagi, ia bertujuan untuk mendidik pihak industri dan masyarakat untuk bersama-sama melestarikan alam sekitar.
“Ketegasan melalui peningkatan denda ini adalah sebagai isyarat komitmen berterusan kerajaan dalam membanteras pencemaran dan jenayah alam sekitar di Malaysia.
“KASA merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penggubalan dan pemuktamadan RUU ini, khususnya semua Ahli Dewan Rakyat dan pembahas, serta Jabatan Peguam Negara sehingga diluluskan sebulat suara oleh Ahli Dewan Rakyat,” katanya lagi.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo