NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Demi tingkat peluang menang, PAS guna ‘bulan’, kata penganalisis


PETALING JAYA
: Keputusan PAS bertanding menggunakan logo sendiri di tiga negeri pada pilihan raya umum, merupakan usaha demi memaksimumkan ‘jenamanya’ bagi meningkatkan peluang menang, kata penganalisis politik.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata tindakan itu tidak memaparkan kurangnya kesepaduan antara PAS dan Perikatan Nasional (PN).

“Gabungan lain juga ada melakukan tindakan sama sebelum ini seperti PKR menggunakan logonya pada pilihan raya negeri Johor,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, berkata keputusan PAS hanya mewujudkan “persepsi negatif sangat kuat” kepada PN.

“Ia mungkin memberi persepsi simbol PN tidak kuat atau tidak cukup berpengaruh, yang mana boleh diterjemahkan gabungan itu tidak mampu membentuk kerajaan pusat baharu selepas pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, PAS mengumumkan akan menggunakan logo parti di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan berkemungkinan akan menggunakan logo PN di negeri lain. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata keputusan itu akan disampaikan kepada pimpinan PN, lapor HarakahDaily.

Pada Selasa, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, berkata parti gabungan sudah bersetuju berkempen menggunakan logo PN.

Dalam muktamar PAS, pada September, delegasi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor, mahu calon PAS di empat negeri berkenan menggunakan logo ‘bulan’ kerana lebih dikenali untuk pilihan raya.

Azmi mengambil maklum keputusan itu mungkin sudah dicapai menerusi persetujuan, di mana parti berkenaan kekal bersama PN sebagai tukaran menggunakan logonya sendiri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya rasa PAS sudah memeterai perjanjian dengan Bersatu yang mana sekiranya mahu mereka kekal dalam PN, kelonggaran penggunaan logo perlu diberikan,” katanya.

“Bagaimanapun, selain tiga negeri itu, PAS sedar logonya tidak dapat menarik pengundi lalu parti itu bersetuju menggunakan logo PN di negeri terbabit.”







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo