NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bersatu Terengganu minta satu kerusi Parlimen saja


BANGI, 25 Rabiulawal 1444H, Sabtu
– Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu memberi jaminan untuk tidak menuntut kerusi lain sekiranya diberi peluang satu kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, Bersatu sebelum ini menyatakan hasrat bertanding di dua kerusi Parlimen di negeri ini, iaitu di Hulu Terengganu dan Besut.

Bagaimanapun, pihaknya menyerahkan kepada kepada pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk menentukannya.

“Kita juga tidak akan berkecil hati terhadap sebarang keputusan yang ditetapkan selepas ini. Kita tak berminat nak buat tuntutan di kawasan lain kalau diberikan satu kerusi sahaja.

“Kita hanya bagi pandangan dan PAS bagi pandangan mereka, maka jawatankuasa tertinggi agihan kerusi akan menentukan dan sama-sama bersetuju dengan sebarang keputusan,” katanya.

Razali yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima keputusan pembahagian kerusi di dua kawasan Parlimen berkenaan.

Jelasnya, Bersatu Terengganu sebelum ini mencadangkan penyandang kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid sebagai calon bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo