NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas Pemimpin DAP hina Istana, kerabat Pahang lapor polis


KUANTAN:
Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang, membuat laporan polis terhadap bekas Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang disifatkan bertindak biadap menghina institusi diraja Pahang ketika berceramah politik di Mentakab baru-baru ini.

Jurucakapnya, Datuk Setia Penggawa Tengku Datuk Abdul Manan Tengku Temenggong Aziz berkata, perbuatan Tengku Zulpuri itu sangat melampau batas apabila mengaitkan Istana Pahang dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Menurut Tengku Abdul Manan, sebagai seorang ahli politik, apabila berceramah perlu ada ada had dan batasan dalam berpolitik supaya tidak menimbulkan kebencian terhadap Istana dan tidak mengguris hati dan perasaan rakyat Pahang.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo