NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat terbuka kepada PKR: Benarkan ahli Parlimen Wanita pertahan kerusi mereka, 121 tandatangan petisyen - CSO


KUALA LUMPUR:
KAMI mengalu-alukan pengumuman DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bahawa PKR akan meletakkan 30% calon wanita untuk bertanding pada PRU 15. Namun kami yang mewakili Gerakan-gerakan Masyarakat Sivil (CSO) yang disebutkan di bawah, ingin meluahkan rasa bimbang terhadap satu laporan berita baru-baru ini bertajuk ‘Wanita PKR fuming over possible cuts to women candidates in GE15: sources’ yang diterbitkan pada 20 Oktober 2022 oleh The Vibes, yang tanpa menamakan sumber, telah memetik kenyataan daripada beberapa ahli PKR yang mengatakan bahawa parti tersebut kemungkinan akan mengurangkan bilangan calon wanitanya, meskipun sudah berjanji sebaliknya.

Artikel tersebut menyebut nama beberapa penyandang kerusi Parlimen seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Maria Chin Abdullah, Datin Tan Yee Kew dan June Leow Hsiad Hui, sebagai nama yang dikhabarkan akan digantikan oleh calon lelaki.

Kak Wan merupakan seorang tokoh utama dalam politik Malaysia, iaitu seorang yang telah memimpin PKR, gabungan parti-parti pembangkang dan gerakan reformasi ketika ia menghadapi detik-detik paling mencabar dalam sejarahnya. Beliau juga merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia dan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pengalaman dan pandangan beliau adalah tidak ternilai dan tidak sepatutnya diabaikan pada masa yang genting dalam politik Malaysia.

Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk beliau meninggalkan dunia politik kerana peranannya dalam politik Malaysia tiada tandingnya. Kak Wan kekal sebagai calon yang kuat, seorang yang menjadi simbol harapan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi. Beliau terus mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia dan bakal menjadi suara penting ketika kita menghadapi 'ibu segala pilihan raya'.

Satu lagi nama yang disebut dalam artikel The Vibes adalah Maria Chin Abdullah, bekas pengerusi Bersih dan pemimpin yang terkenal dalam kalangan aktivis wanita dan hak asasi manusia di Malaysia. Sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya, beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan telah giat memperjuangkan dan menyuarakan isu-isu seperti pembaharuan institusi dan undang-undang, hak asasi manusia, kemiskinan, diskriminasi jantina dan isu wanita. Sebagai ahli parlimen, beliau telah mengumpul dan menyatukan sokongan daripada kalangan CSO bagi memperjuangkan isu-isu tersebut dan telah menyediakan kami satu platform bagi mencari ruang persefahaman antara ahli parlimen dan aktivis semasa Parlimen ke-14.

Pergerakan Masyarakat Sivil masih memerlukan lebih ramai aktivis seperti Maria di Dewan Rakyat. Perubahan yang telah kita bawa setakat ini, walaupun penting, amat sedikit jika dibandingkan dengan kerja di hadapan kami.

Artikel The Vibes juga menyatakan bahawa terdapat calon wanita baru yang sedang dipertimbangkan untuk kerusi Parlimen, namun mereka akan diberi kerusi-kerusi yang sukar untuk dimenangi.

Hanya terdapat 84 wanita yang berjaya ke Dewan Rakyat sejak penubuhannya pada tahun 1959. Parlimen ke-14 telah menyaksikan hanya 14.86% perwakilan wanita. Wanita kekal kurang diwakili dalam politik walaupun hampir separuh penduduk Malaysia adalah wanita.

Walaupun terdapat pengecualian, bagi kebanyakan wanita Malaysia, tidak kiralah betapa gigihnya mereka bekerja dan berapa banyak pengorbanan mereka, sistem yang sedia ada tidak menyebelahi mereka. Kita tidak mahu suara mereka hilang dan keazaman mereka untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, terpadam dan dilupakan.

Kepentingan meningkatkan bilangan perwakilan wanita di Parlimen tidak boleh dinafikan. Ia merupakan satu fakta yang jelas terbukti dan terdapat banyak contoh dari seluruh dunia. Meskipun kandungan artikel ini boleh diketepikan sebagai khabar angin semata-mata, ia telah membangkitkan keresahan dan sedikit sebanyak melemahkan semangat dan kepercayaan kami bahawa PKR dan Harapan akan menggerakkan gelombang perubahan untuk meningkatkan perwakilan wanita pada pilihan raya akan datang ini. Tanggapan sedemikian tidak boleh diterima oleh kebanyakan kami kerana kesaksamaan gender adalah satu tonggak utama dalam agenda reformasi.

Oleh itu, kami ingin menggesa PKR agar mempertimbangkan rayuan kami untuk membenarkan mantan Ahli Parlimen wanita Parlimen ke-14 menyandang kerusi mereka agar dapat meneruskan tugas politik mereka dan membuka jalan kepada lebih ramai perwakilan wanita dalam dunia politik.

#SalamReformasi

Surat terbuka kepada PKR ini ditandatangani oleh 263 Residen PJ, sukarelawan@P105, aktivis, dan masyarakat sivil. Termasuk juga petisyen dalam talian dan sejumlah 142 orang juga telah menandatangani.

https://chng.it/rtf6GbFt

1. Persatuan Sahabat Wanita Selangor 2. Dr Suba 3. Zainah Anwar 4. Monsoons Malaysia (MM) 5. Masjaliza Hamzah 6. Ho Yock Lin 7. Sevan Doraisamy 8. Dr Hamidah Marican 9. Jeffrey Phang, veteran community organiser 10. Marina Mahathir 11. Dr. Lyanna Khairuddin 12. Shaila Koshy 13. Ivy Josiah 14. G25 Malaysia 15. Family Frontiers 16. Anne Lasimbang, veteran, woman activist, Sabah 17. Winnie Yee, Gender Justice Advocate, Sabah 18. Prema Devaraj 19. Irene Xavier, veteran activist 20. Manohara Subramaniam 21. Sisters in Islam 22. Fadzilah Abdul Majid, sociologist 23. Suguna Papachan 24. Regina Rahim 25. Ng Geok Chee, lawyer 26. Patricia Nunis 27. Sujatra Jayaraj 28. Ratna Osman 29. Elizabeth Chrisostom 30. Ariv Chelvam, YSEALI 31. Soo Ooi Keng 32. Chan Yen Lian 33. Goh Mun Ting 34. Shazana Yeoh 35. Lina Naamali 36. Laurette Gomez 37. Tanya Tan 38. Catherine Ng 39. Gopalan-K Papachan 40. Haslinah Yacob 41. Wong Peck Ling 42. Chong Sue Hwa 43. Rohini 44. T. Appavu 45. April Chang 46. Christine Edwards 47. Anto 48. Richard Leow 49. Jacob 50. Lydia Ganesan 51. Low Siew Ling 52. Francis Lai 53. Ong I-Ping 54. Chrishanne Sebastiampillai 55. Coral Alfoncea Angelin Pereira 56. Brigid Patricia Thomas Dorai Raj 57. Francis Charles Thomas Dorai Raj 58. Agnes Martina Thomas Loorthanathen 59. Jacqueline Mary Thomas Dorai Raj 60. Patrick Justin Thomas Dorai Raj 61. Teo Paik Choo 62. Wong Wai Ying 63. Ang Hoon Ai 64. Natassya Lee 65. Rachel Nirmala a/p Chrisostom Bastian John 66. Alice Tan 67. Vera Tay Suet Lian 68. Lee Meng Cheng 69. Chan Kim 70. Ng Hon Yeong 71. Maheswari A/P Velayutham 72. Nityavaani a/p Gunasagaran 73. Jothilechumy a/p Arumugam 74. Manjulah a/p Kaliaperumal 75. Mageswari a/p R. Raman 76. Boomadevi Lecthumanan 77. Rajeswari Vadivelan 78. Tamilselve Govindan 79. Balasaraswathy Shanmugam 80. Chin Cheng Cheng 81. Sua Yi Wen 82. Foong Sook Yin 83. Shyamala Ponniah Maha Balasandren 84. Yap Siew Mooi 85. Wong Kim Lan 86. Nik Hussein bin Nik Abdullah 87. Kamaruddin Sulaiman 88. Rahani Binti Mohamed Sharif 89. Siva Mahadeva 90. Woon Yuet Har 91. Hoh Yoon Kai 92. Thong Quai Leng 93. Cynthia Chin Moon Leen 94. Azumin bin Mohamad Yunus 95. Azemi Maria bin Mohamad Yunus 96. Aziman Maria bin Mohamad Yunus 97. Sulaiman bin Hussin 98. Fauziah binti Aris Fathilah 99. Chesu binti Md Jusoh 100. Tan Taik Hoe 101. Tham Yuet Wah 102. Fatimah binti Ungku Salim 103. Jamilah Ariffin 104. Sarinah binti Laangku 105. Chindy Chin 106. Intan Nur Najwa binti Mohd Hussammuddin 107. Mohd Zahairuddin bin MD Zahari 108. Amirudin bin Bahari 109. Jamilah binti Yahya 110. Letchumy a/p Krishnan 111. Sumathi a/p Selvaraj 112. Shamala devi a/p Subramaniam 113. Gokilavany Maniam 114. Ratna Mala a/p Subramaniam 115. Vasuk @vassugy 116. Baskaran a/l Ramloo 117. Nurlela binti Yusuf 118. Sharifah binti Nazri 119. Hafsah Hj Hussin 120. Saiful Nizam bin Rosli 121. Zurriyatina binti Abdul Rani



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo