Kakitangan keselamatan berpakaian pelindung diri berdiri di hadapan pintu pagar kawasan kediaman yang ditutup susulan penularan wabak COVID-19. - Foto REUTERS |
BEIJING: Bandar-bandar di China dari Wuhan ke Xining di barat laut menggandakan sekatan COVID-19 dengan menutup premis bangunan dan daerah bagi mengekang penularan virus itu yang semakin meluas, sekali gus mengakibatkan jutaan rakyat terjejas.
Lebih 1,000 kes COVID-19 dilaporkan di seluruh negara itu, jumlah sederhana berbanding puluhan ribu kes sehari yang menyebabkan Shanghai terpaksa berkurung sepenuhnya awal tahun ini.
Jumlah kes di negara itu kekal kecil mengikut piawaian global, tetapi langkah pembendungan yang sangat ketat, di samping penularan varian Omicron membebankan negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu, termasuk gangguan pasaran kewangan.
Wuhan pula, tapak wabak COVID-19 pertama di dunia pada akhir 2019 melaporkan sekitar 20 hingga 25 jangkitan baharu sehari pada minggu ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan mengarahkan lebih 800,000 orang di satu daerah untuk tinggal di rumah sehingga 30 Oktober ini.
Wuhan turut menggantung penjualan daging babi di beberapa bahagian bandar, menurut imej dan siaran di media sosial selepas satu kes COVID-19 dilaporkan membabitkan dengan rantaian bekalan daging babi tempatan.
China berulang kali berikrar untuk berpegang pada tindak balas toleransi sifar terhadap COVID-19 dan melaksanakan apa yang pihak berkuasa katakan sebagai langkah perlu untuk membendung virus itu. - REUTERS
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment