NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ayah, anak, sekarang adik pula calon DAP... nanti PRU-16 cucu pulak


Adun Seri Delima Syerleena Abdul Rashid dan Senator Lim Hui Ying merupakan dua muka baru yang dipertaruhkan DAP Pulau Pinang untuk bertanding dalam PRU15.

Syerleena akan bertanding di Bukit Bendera menggantikan penyandang Wong Hon Wai manakala Hui Ying, adik kepada bekas ketua menteri Lim Guan Eng akan bertanding di Tanjung.

Penyandang kerusi parlimen Tanjung Chow Kon Yeow berpindah ke Batu Kawan bagi mengambil alih daripada Kasthuri Patto yang memutuskan untuk berundur.

Empat lagi kerusi akan ditandingi penyandang ahli parlimen - iaitu Bagan (Lim Guan Eng), Jelutong (RSN Rayer), Bukit Mertajam (Steven Sim Chee Keong) dan Bukit Gelugor (Ramkarpal Singh).

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP Anthony Lok pada Majlis Konvoi di Karpal Singh Drive.

“Senarai calon telah diluluskan sebulat suara oleh jawatankuasa pemilihan negeri dan pusat, justeru tidak perlu ada pertikaian.

"Lim Hui Ying akan meletakkan jawatan senatornya tidak lama lagi dan digantikan oleh wakil masyarakat India," kata Loke.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo