NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Anwar tak layak jadi calon PM selagi kes serangan seksual belum selesai’


Anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Abdul Latiff Ahmad hari ini mendakwa pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim tidak layak untuk dinamakan sekali lagi sebagai calon perdana menteri gabungan itu sementara menunggu keputusan saman sivil oleh bekas pembantu, Muhammad Yusoff Rawther, berhubung dakwaan serangan seksual.

Penyandang ahli Parlimen Mersing itu merujuk pengumuman PH yang mencalonkan Anwar pada konvensyen di Perak minggu lalu dan mengaitkannya dengan saman Yusoff terhadap Anwar pada 14 Julai 2021, yang mendakwa presiden PKR menyerangnya secara seksual empat tahun lalu.

“Dalam keadaan ini, adalah terpulang kepada PH untuk bertanggungjawab dan mengkaji semula pencalonan bagi jawatan perdana menteri.

Abdul Latiff Ahmad, Anggota Majlis Tertinggi Bersatu

“Mereka perlu menghormati proses pilihan raya negara dengan memastikan semua calon, terutamanya calon PM adalah bersih dan penuh integriti.

“Sehingga mahkamah tinggi memberi suatu keputusan dalam kes Yusoff Rawther, Anwar Ibrahim tidak layak dinamakan calon perdana menteri Malaysia,” kata Latiff dalam satu kenyataan.

Menurut pemimpin Bersatu itu, pencalonan Anwar juga bertentangan dengan kebiasaan negara-negara lain iaitu bahawa apabila seorang pemimpin menghadapi tuduhan salah-laku seksual, maka dia perlu menarik diri bagi memelihara keyakinan umum dan reputasi negara.

Ketika mengumumkan pencalonan Anwar, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata pengesahan itu diputuskan selepas pemukiman pemimpin PH di Port Dickson dan Seremban.

Muhammad Yusoff Rawther

Yusoff, dalam pernyataan tuntutannya, mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Oktober 2018, di kediaman Anwar di Segambut.

Yusoff turut mendakwa akibat kejadian itu, dia didakwa berkomplot untuk menjatuhkan Anwar dan merosakkan kerjaya politiknya sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Anwar telah memfailkan saman balas.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo