NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Angkara drift di Songkla, rakyat Malaysia terpaksa bayar 100,000 baht


Songkhla:
Gara-gara melakukan aksi “drift” di tempat letak kereta, seorang rakyat Malaysia terpaksa membayar ganti rugi hampir 100,000 baht (RM12,438) kepada empat pemilik kenderaan di Hatyai, Songkhla, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang (waktu tempatan) pada 28 Oktober, pemandu berusia 32 tahun yang membawa kereta jenis BMW itu membuat aksi drift di tempat letak di sebuah kem gajah, Chang Puak Camp, Hatyai.

Susulan aksi drift itu, sebuah kereta dan tiga lagi tuk-tuk yang berada tempat letak kereta mengalami kerosakan termasuk cermin pecah dan calar pada kereta dan tuk-tuk.

Tanpa menyedari kerosakan pada kenderaan lain, pemandu itu beredar dari tempat kejadian.

Ketua Polis Pelancong Hatyai Leftenan Kolonel Anuwat Rithichai berkata, pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan itu membuat laporan polis pada Jumaat.

“Polis berjaya mengesan kenderaan yang dibawa lelaki warga Malaysia itu di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand kira-kira 6 petang semalam (Sabtu).

“Pemandu itu bersama isterinya telah dibawa ke balai polis untuk bertemu dengan pemilik kenderaan yang terjejas,” katanya pada sidang media hari ini.

Anuwat berkata, kedua-dua pihak bersetuju pemandu berkenaan membayar ganti rugi sebanyak 99,000 baht kepada empat pemilik kenderaan terbabit.

Lelaki itu turut memohon maaf kerana tidak menyedari aksi driftnya menyebabkan kerosakan pada kenderaan lain. HM

Angkara drift di Songkla, rakyat Malaysia terpaksa bayar 100,000 baht



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo