NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah gigit jari, selepas Jerai, Changkat Jong pula jadi habuan DAP


Isu pertembungan di DUN Changkat Jong di Perak, di mana kedua-dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka, boleh dikatakan telah selesai.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata kepimpinan tertinggi gabungan itu telah mencapai konsensus agar kawasan itu ditandingi calon DAP dalam PRU15.

“Amanah dan DAP minta kerusi itu kira-kira 10 hari lalu. Di peringkat negeri, (kedua-dua parti) ada pandangan dan hujah masing-masing.

“Amanah beri hujah agak kuat untuk pertahan Changkat Jong. Tetapi selepas lihat semua (aspek), keputusan konsensus pimpinan PH adalah berikannya kepada DAP,” katanya kepada pemberita di Chemor, Perak hari ini.

Dua hari lalu, Amanah mengumumkan akan mencalonkan Muhaimin Sulam di Changkat Jong. Beberapa jam kemudian, DAP pula mengumumkan calonnya iaitu Badrul Hisham Badarudin.

Muhaimin yang merupakan naib pengerusi Amanah Perak kemudian berkata dia menerima surat daripada Mohamad yang mengesahkan pencalonannya di DUN Changkat Jong.

Namun Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa presiden Amanah itu setuju bahawa DAP akan bertanding di situ.

Sementara itu, Anwar menafikan bahawa pertembungan itu menandakan ada keretakan dalam PH.

“Perlu masa satu, dua hari untuk mereka faham keputusan, seperti apa yang berlaku di Jerai (pertukaran kerusi antara Amanah dan DAP).

“Hujah Amanah dikemukakan kepada majlis presiden.

“Akhirnya, kita perlu putuskan dan rujuk majlis presiden…Jadi saya tak fikir ada masalah,” katanya.



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo