NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

71 juta penduduk dunia miskin akibat perang Russia-Ukraine



GENEVA, 19 Rabiulawal 1444H, Ahad
– Kira-kira 71 juta orang berdepan kemiskinan akibat perang berterusan antara Russia-Ukraine, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

UNDP dalam laporannya berkata, kesan perang terhadap harga makanan dan tenaga dijangka meningkatkan jumlah penduduk miskin di dunia.

Menurut laporan mengenai kesan perang Russia-Ukraine, kira-kira 51 juta orang jatuh di bawah garis kemiskinan dalam tiga bulan pertama konflik yang bermula pada 24 Februari lalu.

Selain meningkatkan jumlah orang miskin di dunia kepada sembilan peratus, perang juga menyebabkan pendapatan harian sekitar 20 juta orang jatuh di bawah garis kemiskinan AS$3.20 di negara berpendapatan rendah-sederhana.






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo