NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN Indera Mahkota perkukuh jentera hadapi PRU15


KUANTAN:
Tiga parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Indera Mahkota telah mengadakan perjumpaan bagi memperkukuh dan memantapkan lagi jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada retreat yang diadakan di sini semalam, PAS, Bersatu dan Gerakan mencapai kata sepakat untuk bekerja dalam satu pasukan di setiap Unit Daerah Mengundi (UDM) di DUN Beserah dan Semambu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Indera Mahkota Andansura Rabu berkata, ketiga-tiga parti komponen PN itu telah mencapai kesepakatan untuk menggabungkan segala jentera dan tugasan yang ada.

Tambahnya, retreat itu diadakan untuk saling berkenalan dalam kalangan jentera parti di samping merancang gerak kerja bersama dengan hala tuju yang satu.

Beliau yakin dan optimis dengan kesiapsiagaan ketiga-tiga gabungan parti itu, PN mampu untuk merealisasikan PN Teraju Pahang pada PRU15 ini.

Sementara itu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Dato’ Sri Saifuddin Abdullah berkata, walaupun ketiga-tiga parti itu berbeza latar belakang, namun matlamat perjuangan adalah sama.

Tambahnya, PN ada matlamat yang murni dan suci untuk menegakkan kebenaran, keadilan, kesaksamaan, perpaduan, kemakmurn rakyat dan bersama-sama membanteras kemungkaran, rasuah, salah guna kuasa dan segala yang merosakkan masyarakat.

Beliau seterusnya mengharapkan gabungan jentera parti secara rasminya itu dapat melaksanakan kerja dengan baik sebagai satu pasukan yang tersusun rapi.

Pengerusi Gerakan Indera Mahkota, Chan Chee How pula melahirkan rasa gembira dengan suasana harmoni ketiga-tiga parti komponen PN itu dapat mencapai kata sepakat dalam gerak kerja pilihan raya demi mencapai kemenangan pada PRU15. – HARAKAHDAILY 16/10/2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo