NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Warisan sedia bertembung dengan mana-mana parti termasuk MUDA - Shafie

Warisan tidak bermasalah dan sedia bertembung dengan parti baharu seperti Parti MUDA. - Gambar fail/Bernama

SEMPORNA: Parti Warisan (Warisan) sedia berhadapan dengan mana-mana parti lawan dan kawan serta parti baharu yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) secara adil.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan tidak bermasalah dan sedia bertembung dengan parti baharu seperti Parti Ikatan Demokratik (MUDA) yang kini mula melebarkan sayap sehingga ke Parlimen Semporna.
Menurutnya, kewujudan parti baharu dilihat sebagai perkembangan positif wujudnya saingan baharu pada PRU15 jika bertujuan untuk membela nasib rakyat secara keseluruhan.
"Kita tidak boleh halang mereka itu, kebebasan mereka kalau lihat di negara lain seperti di Jepun, Singapura, Indonesia bukan berlandaskan kaum dan agama mereka tetapi landasan untuk membela rakyat, untuk membela peluang pekerjaan, ekonomi, kesihatan dan keselamatan," katanya.
Mohd Shafie berkata, Warisan dalam pada itu masih belum memuktamadkan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Pakatan Harapan pada PRU15 ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Sabah Bangkit Bersama Rakyat anjuran Parti Warisan Bahagian Semporna sekitar pulau Larapan dan Sumande pada Jumaat.

Sumber I Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo