NOTIS:

Belum ada lagi....

Taufan Nanmadol: Jepun arah hampir 2 juta penduduk berlindung, berpindah

0

Jabatan kaji cuaca telah mengeluarkan amaran kecemasan tentang kemungkinan angin kencang, ombak besar dan tinggi serta ribut di wilayah Kagoshima. - AP

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan yang disifatkan 'luar biasa' apabila sekitar 2 juta penduduk di barat daya negara itu diminta berpindah atau mencari tempat perlindungan berikutan Taufan Nanmadol yang sangat kencang melanda, lapor Japan Times.
Agensi berita NHK melaporkan, arahan berpindah telah dikeluarkan kepada 965,000 isi rumah di bandar-bandar pesisir laut di wilayah Miyazaki dan Kagoshima serta bandar Amakusa.
Taufan itu diramal akan menghentam selatan Kyushu, iaitu salah satu daripada pulau-pulau barat daya negara berkenaan, khususnya wilayah Kagoshima.
“Mata taufan juga kelihatan jelas dalam imej satelit. Taufan ini sudah semakin menguat sejak Jumaat malam.
“Jabatan kaji cuaca telah mengeluarkan amaran kecemasan tentang kemungkinan angin kencang, ombak besar dan tinggi serta ribut di wilayah Kagoshima," lapor NHK.
Agensi Meteorologi Jepun juga menyatakan, ada kebarangkalian kehadiran taufan itu mencatatkan hujan paling lebat dalam rekod.
“Persediaan pada tahap paling tinggi perlu diambil memandangkan terdapat ancaman kenaikan paras air laut dan limpahan air sungai, selain bencana tanah runtuh dan peneggelaman kawasan rendah.
"Angin kencang juga boleh menyebabkan kerosakan besar pada kediaman," tegas agensi berkenaan.
Nanmadol diklasifikasikan sebagai taufan superoleh Pusat Amaran Taufan Bersama Tentera Laut Amerika Syarikat, berpotensi menjadi ribut tropika paling berbahaya melanda Jepun dalam beberapa dekad. Menurut JMA, kelajuan angin adalah pada 198 km/j dan berkemungkinan mencecah sehingga 270 km/j.
Sementara itu, Kyushu Railway mula menghentikan beberapa laluan perkhidmatan kereta api pada Sabtu sebelum penggantungan lebih luas pada Ahad, manakala beratus-ratus penerbangan hujung minggu di wilayah selatan telah dibatalkan.
Ribut itu diramalkan bergerak ke timur dan melepasi Tokyo pada Selasa, sebelum bergerak ke laut menjelang Rabu.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo