NOTIS:

Belum ada lagi....

Setahun terajui KKM, Khairy kongsi pencapaian

0

Khairy berkongsi pencapaian Kementerian Kesihatan (KKM), genap setahun menerajui kementerian itu. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini berkongsi pencapaian Kementerian Kesihatan (KKM) selepas genap setahun menerajui kementerian itu.
Pelbagai usaha telah dijalankan, bermula dengan pengurusan pandemik, pendigitalan data, penyelesaian kes tertunggak, kebajikan warga kerja, pengiktirafan antarabangsa dan inisiatif ke arah penjagaan kesihatan dan pencegahan.
KKM melakukan pelbagai inisiatif ke arah pendigitalan data, antaranya mengeluarkan tender terbuka bagi pelaksanaan EMR di hospital dan klinik di Negeri Sembilan, dan mentransformasikan MySejahtera menjadi sebuah aplikasi kesihatan awam.
Kementerian itu juga turut berjaya menyelesaikan kes-kes tertunggak di fasiliti kesihatan disebabkan oleh pandemik COVID-19, dengan 92 peratus kes tertunggak pada September 2021 berjaya diselesaikan.
Di samping itu, dari sudut warga kerja terutamanya pegawai lantikan kontrak di KKM; pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi membantu dan menghargai bakti yang telah dicurahkan.
Dari sudut perundangan, terdapat dua pencapaian yang berjaya diperolehi iaitu pindaan RUU Racun dan juga RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 juga telah dibentangkan di Parlimen dan dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo