NOTIS:

Belum ada lagi....

Pesara tembak isteri: Jiran terkejut terdengar bunyi tembakan dua kali

0

Hasil siasatan polis mendapati, wanita itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk sebelah kiri.- Foto Astro AWANI

JERANTUT: Kejadian seorang lelaki yang menembak isterinya sebelum menembak dirinya sendiri sehingga maut di Kampung Labu, di sini kira-kira jam 8.30 pagi Jumaat benar-benar mengejutkan penduduk kampung itu.
Menurut seorang jiran mangsa, Che Ahmad Yassin Abd Rahman, dia terdengar bunyi tembakan datang dari arah rumah pasangan itu sebelum pergi ke rumah itu.
Dia terkejut melihat jiran lelakinya itu telah meninggal dunia di tempat kejadian sambil terduduk dengan kesan kecederaan di bahagian leher sebelah kiri bersama dengan selaras senapang patah.
“Bunyi tembakan pertama selang dalam dua tiga minit. Yang kedua pula kemudian saya terdengar orang minta tolong. Jadi saya datang ikut belakang tengok bersama seorang kawan dan tengok perkara tu sudah berlaku tetapi punca saya tidak tahu. Saya pergi kepada perempuan yang minta tolong dan saya lihat dia sudah terbaring," katanya ketika ditemui Astro AWANI.
Seorang lagi jiran mangsa Roshanizam Mohd Normala, yang tinggal berdekatan rumah pasangan itu juga terdengar dua bunyi tembakan selain suara orang menjerit meminta tolong di sebuah rumah bersebelahan sebuah rumah homestay.
Seorang warga emas bertindak menembak mati isterinya sebelum menembak dirinya sendiri dalam satu kejadian di belakang rumah pasangan itu di Kampung Labu, di sini pagi tadi. - Foto Astro AWANI


Kata Roshanizam lagi, dia mendapati seorang wanita telah terbaring di bahagian belakang dapur dalam keadaan masih sedar dan meminta tolong.
Mangsa juga dalam keadaan kesakitan dan berdarah di bahagian pinggang.
Roshanizam kemudiannya membantu membawa wanita tersebut terus ke Hospital Jerantut Pahang untuk mendapatkan rawatan segera.
“Saya tak ada tengok ada sebarang kekecohan. Saya menggunakan kereta tuan rumah, mangsa, dalam 7.50 dekat pukul 8 pagi cuaca agak agak gelap saya bawa dia ke hospital Jerantut," katanya.
Sementara itu ketua kampung Hamdan Ismail berkata dia mendapat khabar dari penyewa sebuah homestay mengenai kejadian tembakan sebelum bergegas ke rumah mangsa.
"Arwah ini mulanya saya tidak percaya dia telah meninggal tetapi selepas bercakap dengan penyewa homestay bertanya pasal kejadian ini, dia pun ceritalah pasal kejadian tersebut dan saya terus pergi ke rumah mangsa, bila sampai beri salam saya sebanyak tiga kali dan terus masuk dan dapati dia telah meninggal," katanya.
Hasil siasatan polis mendapati, wanita itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk sebelah kiri.
Manakala punca pergaduhan berlaku dipercayai kerana isteri si mati tidak memberi agihan wang hasil jualan tanah dan menyebabkan tidak berpuas hati.
Lelaki tersebut mempunyai lesen senjata api dan kes disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber | Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo