NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor FC umum pelantikan Tan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih

Cheng Hoe, 54, yang membimbing Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021, pernah membawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF pada 201. - Gambar/ Selangor FC

SELANGOR FC hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, sebagai pengendali baharu pasukan Gergasi Merah Kuning itu bagi saingan musim depan.
Cheng Hoe, 54, yang membimbing Harimau Malaya dari 2018 hingga 2021, pernah membawa skuad negara muncul naib juara Piala AFF pada 2018 selain memenangi Anugerah Jurulatih Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) sewaktu membimbing Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2016.
"Berdasarkan pencapaian dan pengalaman beliau, kelab ini percaya bahawa Tan Cheng Hoe merupakan calon terbaik untuk membawa pasukan ini ke peringkat lebih tinggi pada musim hadapan," kata Selangor FC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.
"Selain pelantikan ketua jurulatih pasukan utama, Selangor FC juga mengumumkan pelantikan penasihat teknikal pasukan utama yang bakal digalas oleh bekas pemain dan juga seorang legenda Gergasi Merah, K. Sanbagamaran.
"Selain pernah menjadi ketua pasukan Selangor, K. Sanbagamaran juga mempunyai lebih 300 penampilan serta telah memenangi sembilan kejuaraan bersama pasukan ini. Untuk makluman, pihak kelab juga akan membuat beberapa pengumuman rasmi berkenaan pelantikan pengarah sukan dan pengarah teknikal dalam masa terdekat.
"Selangor FC ingin mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil yang telah mengemudi pasukan sebagai ketua jurulatih interim sepanjang tempoh kekosongan ini dan beliau kini akan kembali memegang jawatan sebagai penolong jurulatih kepada Tan Cheng Hoe. - Stadium Astro






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo