NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: Tiada rundingan rasmi Pas-UMNO, tiada kemajuan dicapai - Muhyiddin

Muhyiddin berkata perkara itu berdasarkan penjelasan Pas pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau malam tadi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Tiada rundingan rasmi antara Pas-UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata perkara itu berdasarkan penjelasan Pas pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau malam tadi.
"Perbincangan adalah secara tidak rasmi dan tidak melibatkan pucuk pimpinan parti. Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan ini setelah UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas dalam PRU15," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata Pas mengulangi pendirian untuk memperkukuh kerjasama dengan parti anggota dalam PN.
Sementara itu Muhyiddin berkata mesyuarat sama membuat ketetapan memberi tumpuan usaha membela rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kesan inflasi dan keadaan ekonomi yang diunjur tidak bertambah baik.

"Mesyuarat mengambil maklum bahawa kumpulan B40 telah meningkat menjadi kumpulan B60 dan penyediaan bantuan bagi kumpulan pendapatan terkebawah ini mesti diberikan tumpuan oleh kerajaan," katanya.
Justeru katanya bagi membantu meringankan beban kumpulan ini, PN mengarahkan seluruh jentera parti di semua peringkat melaksanakan program Prihatin Rakyat di seluruh negara bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Majlis Tertinggi pada mesyuarat sama juga telah meluluskan pelantikan ketua-ketua kawasan bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo