NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU15: 'Saya akan bertanding di kerusi pengkhianat' - Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh 'pengkhianat' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh 'pengkhianat' pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ia sekali gus memberi bayangan bahawa Ketua Pembangkang itu kemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Port Dickson yang disandang olehnya.
“Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.
“Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima).
“Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya kepada pemberita pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sebuah hotel, di sini malam ini.
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bertanding atas tiket PKR pada PRU14, bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Turut mengikut langkah Ahli Parlimen Gombak itu ialah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menang kerusi Parlimen Port Dickson dengan majoriti sebanyak 23,560 undi, menewaskan enam lagi pencabarnya daripada parti Pas dan Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Oktober 2018.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo