NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib stabil, sudah discaj dari Hospital Rehabilitasi Cheras - Khairy

Khairy Jamaluddin berkata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilaporkan stabil dan akan dihantar semula ke Penjara Kajang. - Astro AWANI

REMBAU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada petang ini selepas menerima rawatan di institusi itu sejak Isnin lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dilaporkan stabil dan akan dihantar semula ke Penjara Kajang.
“Saya baru sahaja terima mesej daripada pengarah HRC (memaklumkan) Datuk Seri Najib telah pun keluar pada jam 3.20 petang tadi selepas pakar mengesahkan beliau sudah bersedia untuk didiscaj daripada hospital.
“Dia dirujuk ke hospital sebab dia mengadu tahap kesihatan (tetapi) sudah dirawat dan sekarang pandangan pakar (mengatakan) beliau berada dalam keadaan stabil untuk didiscaj,”katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Hospital Rembau di sini petang Jumaat.
Mengulas lanjut ujarnya, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak campur tangan dan menyerahkan semua keputusan berhubung rawatan bekas perdana menteri itu kepada kumpulan pakar yang merawat.
“Di pihak KKM kita dengar pandangan pakar dan saya tidak boleh campur tangan apa-apa yang mana jika pakar kata beliau (Najib) sudah bersedia untuk didiscaj, maka discaj lah.
“Saya difahamkan sekarang ini beliau dalam perjalanan untuk balik ke Penjara Kajang semula,” tambahnya.
Najib sebelum ini dirujuk ke HRC pada Isnin (19 Sept) bagi rawatan dan pemantauan lanjutan terhadap tahap kesihatannya.
Jabatan Penjara Malaysia dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau.

Sumber I Astro Awani 






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo