NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KKM cadang majikan beri cuti tambahan sehari untuk pekerja jalani saringan kesihatan

Khairy berkata kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting dalam memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan. - Gambar/ Bernama

REMBAU: Kementerian Kesihatan mencadangkan agar majikan memberikan cuti tambahan sehari kepada pekerja untuk menjalani saringan kesihatan.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting dalam memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan dan meminta Kementerian Kewangan melihat peraturan yang boleh dibuat supaya majikan di negara ini memberikan cuti itu.
"Apabila pekerja mahu melakukan pemeriksaan kesihatan, kebiasaannya setahun sekali, diharap majikan dapat berikan cuti, kadang-kadang apabila mahu melakukan saringan kesihatan, mereka terpaksa ambil cuti...
"Saya mohon majikan bagi cuti untuk tujuan saringan kesihatan sehari setahun kepada pekerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merdeka@Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Zaaba Abu Bakar.
Khairy juga berkata majikan perlu mengambil kira situasi pekerja yang mungkin tiada masa untuk melakukan saringan kesihatan pada hujung minggu.
"Waktu bekerja tak boleh pergi, hari minggu sibuk dengan keluarga. Akhirnya mereka tak dapat buat saringan kesihatan.
"Perkara ini saya sudah minta untuk Belanjawan 2023 akan datang kerana ia ada kesan kepada majikan," katanya.
Media pada Julai melaporkan kesedaran rakyat mengenai kepentingan perkara itu masih lagi rendah yang menyaksikan 53 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani saringan kesihatan sejak setahun lepas.
Pada program hari ini, Khairy dalam ucapannya berkata kebersamaan rakyat adalah penting bagi memastikan negara dapat mengharungi cabaran COVID-19 dalam negara.
Beliau berkata kerjasama dan sokongan rakyat telah mendorong Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 hasil pematuhan terhadap keselamatan kesihatan awam keseluruhannya.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo