NOTIS:

Belum ada lagi....

Kerajaan akan kaji semula dasar berkaitan sektor tenaga - PM

0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini. - Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap insfrastruktur grid bagi memastikan matlamat negara, iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada tahun 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 tercapai.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan mengadakan kerjasama dengan pihak terlibat bagi menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini.

"Malah Kerajaan akan meningkatkan geran promosi dan subsidi sedia ada untuk pengkomersialan serta penggunaan tenaga boleh baharu bersama teknologi berkaitan.

"Bagi mencapai matlamat ini, sebagai langkah awal Dasar Tenaga Negara (DTN) akan dilancarkan tidak lama lagi sebagai komitmen kerajaan untuk peralihan tenaga bagi mengurangkan pembebasan karbon," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Rasmi GENTARI Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), anak syarikat penuh milik Petronas, di sini pada Khamis.
Turut hadir Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Pengerusi GENTARI, Datuk Tengku Muhammad Taufik.
Dalam pada itu, Ismail Sabri menambah, pelancaran GENTARI adalah seiring dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan sasaran DTN menerusi inisiatif mobiliti hijau, tenaga boleh baharu, serta hidrogen sebagai sumber tenaga utama.
"Kerajaan sentiasa menitikberatkan pembangunan sumber hijau dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon.
"Bagi mencapai hasrat tersebut, satu lagi bentuk tenaga hijau yang akan menjadi tumpuan Kerajaan adalah hidrogen, yang mampu menjadi pengubah industri.
"Meskipun ia merupakan suatu industri yang baharu, Petronas telah mengorak langkah untuk meneroka sumber tenaga ini berikutan medium yang fleksibel dalam pemindahan tenaga merentas sektor," ujarnya lagi.
Sementara itu, GENTARI juga telah menandatangani 12 memorandum persefahaman (MoU) dengan penggiat sektor hidrogen antarabangsa dalam memanfaatkan kelebihannya sebagai penggerak utama tenaga hijau ini.
"Bagi sektor ini, Kerajaan juga akan menggalakkan lebih banyak usaha sama antara negara bagi memudahkan perkongsian teknologi dan amalan terbaik," ujarnya lagi.

Sumber | Astro Awani


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo