NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jepun dakwa kapal China menceroboh

Yoshihiko pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Tokyo hari ini. - Foto AGENSI

ANKARA: Jepun hari ini mendakwa China menghantar kapal negara itu ke perairan wilayahnya di sekitar rantaian pulau yang dipertikai, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai Pengawal Pantai Jepun, berkata tiga kapal Pengawal Pantai China memasuki perairan wilayah negara itu berhampiran Kepulauan Senkaku di Laut China Timur.

Tokyo berkata, ia adalah pencerobohan ke-27 kapal China yang dikesan di perairan wilayah Jepun di luar pulau itu tahun ini.

Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihiko Isozaki, menyifatkan dakwaan pencerobohan itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menyifatkannya 'sesuatu yang amat dikesali dan tidak boleh diterima sama sekali'," menurut Agensi Berita Kyodo.

Tokyo juga membuat bantahan terhadap Beijing berhubung pelanggaran undang-undang antarabangsa, kata Yoshihiko kepada pemberita.

Pengawal Pantai Jepun berkata, ia melihat kapal-kapal China berhampiran pulau kecil di Laut China Timur sejak dua minggu lalu. - BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo