NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dua kapal dagang berlanggar di perairan Batu Pahat

Kejadian pada pukul 4.18 pagi itu berlaku di kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh. - Gambar/ Sinar Harian

BATU PAHAT: Dua buah kapal dagang, MV GSL Grania yang membawa kontena dan MV Zephyr I, yang membawa muatan campuran Bitumen, berlanggar di perairan Batu Pahat, awal pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata pihaknya menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat dari Jabatan Laut Wilayah Selatan mengenai kejadian itu pada pukul 4.30 pagi tadi.
Beliau berkata kejadian pada pukul 4.18 pagi itu berlaku di kedudukan 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh, dekat sini.
"Sebaik maklumat diterima, bot Benteng 05 telah digerakkan ke lokasi bagi melaksanakan pemantauan dan misi bantuan. Kapal MV GSL Grania berdaftar di Liberia dan dalam perjalanan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) manakala kapal MV Zephyr I yang berdaftar di Panama, dipercayai dalam perjalanan ke negara China.
"Maklumat awal kemalangan yang diterima daripada nakhoda kapal MV GSL Grania menyatakan bahawa pelanggaran ini adalah disebabkan oleh kapal MV Zephyr I yang hilang kawalan lalu merempuh di bahagian sisi kanan kapal berkenaan sehingga mengakibatkan kerosakan," kata beliau dalam kenyataan malam ini.
Katanya pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kecederaan dialami oleh kesemua 45 kru kedua-dua kapal berkenaan selain tiada tumpahan minyak dikesan akibat pelanggaran.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo