NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bunuh dua anak angkat guna cecair peluntur, 'Bleach Mum' dijatuhi hukuman mati

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah memasukkan bahan peluntur ke dalam makanan kanak-kanak lelaki itu selama dua tahun. - Astro AWANI

BANGKOK: Seorang wanita yang diberi gelaran “Bleach Mum” (Ibu Peluntur) dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah meracun dua anak angkatnya.
Memetik laporan Latin Times, wanita bernama Nattiwan Raakunjet yang terlibat dalam kes pemerdagangan kanak-kanak bertindak demikian selepas berang terhadap dua anaknya yang memohon derma di media sosial untuk kos perubatan.

Rahsia mula terbongkar selepas Nattiwan membawa anak lelakinya berusia empat tahun ke Hospital Universiti Thammasat Bangkok selepas anaknya mengadu sakit perut dan muntah darah.

Pada awalnya, Nattiwan memaklumkan anaknya alahan kepada makanan laut. Namun begitu, doktor yang merawat kanak-kanak lelaki mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Selepas pemeriksaan dijalankan, kanak-kanak itu sedang menahan kesakitan akibat jangkitan di perut dan bukan alahan.
Siasatan lanjut mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah memasukkan bahan peluntur ke dalam makanan kanak-kanak lelaki itu selama dua tahun.
Sementara itu, wanita itu juga didakwa menyebabkan anak perempuannya meninggal dunia dengan simptom yang sama pada 2019. Nattiwan didakwa meletakkan cecair pemutih ke dalam makanan anak angkatnya yang diambil pada tahun 2015.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pendarahan dalam saluran penghadamannya, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.
Nattiwan ditahan pada Mei 2020 dan siasatan polis mendapati sebanyak 20 juta baht (RM246,753) di dalam dua akaun banknya dipercayai diperoleh daripada derma orang ramai.
Mahkamah turut memerintahkan Nattiwan memulangkan 42,000 baht (RM5,026 ) dan merampas telefon bimbit yang dibeli dengan wang itu. -- Agensi






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo